Sunday 25 December 2011

wangian Kasih Nurul Iman...(bahagian 4)









Malam itu selepas solat isyak, pertandingan nasyid dimulakan. Semua pelajar tertumpu di dewan sekolah untuk menyaksikan dan seterusnya memberikan sokongan kepada para peserta dari sekolah masing-masing. Nurul Iman tenang melaksanakan tugasnya, begitu jugak dengan guru-guru lain yang terlibat. Banyak kali jugak Ustaz Safwan duduk berbincang dengan Nurul Iman bagi memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar. Nurul Iman sedaya upaya untuk mengatasi sifat malunya ketika Ustaz Safwan datang kepadanya untuk berbincang. Nurul Iman tidak sedikit pun menaikkan kepalanya ketika berbicara dengan Ustaz Safwan. Namun dia cuba meyakinkan dirinya bahawa ianya tidak salah dan tidak ada apa yang patut dimalukan olehnya, lagipun mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Dengan kekuatan kata hati itulah Nurul Iman mampu untuk bekerjasama dengan Ustaz Safwan walaupun dirinya hanya memandang kebawah untuk setiap pertanyaan yang ditanya oleh Ustaz Safwan. Tepat jam 11.00 malam barulah pertandingan berakhir.

“Hai Safwan, senyum semacam je. Ada apa-apa ke ? “ Tanya Ustaz Amir yang perasan dengan sikap Safwan dari tadi?.

 “Takde apa-apalah, sejak bila pulak senyum ni salah Amir? “balas Ustaz Safwan sambil tersenyum lagi.

“Yea, senyum itu tidaklah salah. Tapi senyum kau tu ada makna, macam aku tak nampak. Dari masa kat dewan tadi aku duk perhatikan hang. Ustazah Shifwah pun perasan tau tak? “kata Ustaz Amir dengan panjang lebar.

“Ya ALLAH, ye ke? Sampai macam tu sekali lekanya aku yea Mir? “ balas Ustaz Safwan.

“Kalau suka kamu cakaplah kat dia, haa...... tak lama lagi ada guru praktikal akan datang daripada UMS. Budak lelaki tau. Kalau dingoratnya Nurul Iman tu nanti melopong lah mulut hang. Masa tu nanti hang nangis air mata darah pun tak dapat aku nak nolongnya... “ usik Ustaz Amir lagi.

Ustaz Safwan hanya diam membisu. Apa yang dicakapkan oleh Ustaz Amir sebentar tadi sedikit sebanyak membuat dirinya rasa tercabar. Bukan dirinya tak mahu menyuarakan isi hatinya pada Nurul Iman tapi dia takut cintanya ditolak. Lagipun Nurul Iman bukan gadis sebarangan, dia amat sukar difahami, malah untuk mendekatinya jugak tidak semudah yang disangka.

“Ya ALLAH, adakah dia benar milikku? “bisik hatinya

“Wan...Wan....Muhammad Safwan Haris “panggil Ustaz Amir.

Safwan terserentak dengan panggilan Ustaz Amir, namun dia dapat mencovernya. Dia tidak mahu Ustaz Amir perasan bahawa dirinya sedang mengelamun. Dia Cuma membalas panggilan Ustaz Amir dengan senyuman tawar sahaja.

“Aku nak mandi dulu ni. Ke kau nak mandi dulu ?” tanya Ustaz Amir.

“Takpelah kau mandi dulu, lagipun nak sejukkan badan ni dulu... “balas Ustaz Safwan kembali.

Ustaz Amir meninggalkan Safwan diruang tamu. Dia menuju ke bilik air. Safwan bingkas bangun dan menuju ke meja kecilnya. Dia menekan butang on  pada radionya itu. Kedengaran lagu permata yang dicari dendangan kumpulan Dehearty  keudara.

Lirik lagu itu dihayatinya. Serentak dengan itu dia terbayangkan wajah Nurul Iman. Dia akui sejak akhir-akhir ini wajah itu sering hadir dalam mimpinya. Kadang-kadang dia terpaksa buat-buat lalu dihadapan kelas yang diajar oleh Nurul Iman semata-mata hanya untuk melihat wajah tersebut jika seharian dia tidak melihatkan wajah itu. 

“Wan...Wan... “ panggil Ustaz Amir.

Safwan terserentak dengan suara Ustaz Amir. Namun dia hanya membalasnya dengan sebuah senyuman sahaja, sambil bangun dari tempat duduknya itu.

“Hai.... jauh sangat menungnya tu, kenapa? Teringat kat Nurul Iman lagi ke ? “perli Ustaz Amir.

Safwan hanya menghadiahkan sebuah senyuman. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dia melihat Ustaz Amir masih lagi berada di meja tulisnya. Lantas dia ke dapur untuk membancuh dua cawan air kopi.

“Nah, kata Ustaz Safwan sambil menghulurkan secawan air kopi kepada Ustaz Amir.

 “Eh, tak mintak pun. Tapi syukran jazilanlah yea “ balas Ustaz Amir sambil tersengih.

Safwan duduk dimejanya yang terletak bersebelahan dengan meja Ustaz Amir. 

“Oh yea, macam mana tawaran jadi pensyarah kat UIA tu? Kau dah buat keputusan ke? “ Tanya Ustaz Amir bila dilihatnya Safwan kembali termenung dimeja tulisnya.

“Belum... “balasnya pendek.

“Kenapa? Apa yang kau nak tunggu lagi. Susah nak dapat tu. Dulu kan kau jugak yang mintak” sambung Ustaz Amir lagi.

Ustaz Amir sebenarnya tahu kenapa Safwan belum lagi membuat keputusan. Semuanya gara-gara Nurul Iman. Dulu Ustaz Safwan sememangnya beriya-ya hendak keluar dari sekolah tersebut setelah dia berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat master dan rezekinya murah apabila seminggu yang lepas dia mendapat tawaran menjadi pensyarah di UIA. 

“Amir kau boleh tolong aku tak?” tiba-tiba Ustaz Safwan bersuara.

“Tolong apa cakaplah. InsyaALLAH kalau boleh aku tolong memang aku akan tolong kau “ balas Ustaz Amir.

“Tolong lamar Nurul Iman untuk aku. Boleh? “ sambung Ustaz Safwan tenang.

“Boleh...Apa salahnya, nanti aku bagitahu Shifwah pasal ni “jawab Ustaz Amir.

“Esok jugak aku bagitahu kat Shifwah. Dah tu pi tidur. Aku pun nak tidur dulu ni. Oh ye, lagi satu, pasal yang tawaran tu kau fikir baik2 yea, kalau kau takut berjauhan dengan Nurul Iman kau hantar je rombongan meminang cepat-cepat “ usik Ustaz Amir.

Ustaz Amir kemudiannya bangun menuju ke dapur untuk membasuh cawannya. Dia kemudiannya masuk tidur kerana merasa agak penat setelah seharian berjemur di padang kerana dia menguruskan acara olahraga siang tadi. Manakala Ustaz Safwan masih berada di mejanya. Masih memikirkan Nurul Iman, gadis yang ingin dimilikinya.


“Ya ALLAH, benarkah dia milikku “bicara kata hatinya.


Keesokkan harinya merupakan acara penutup bagi Majlis Sukan antara Sekolah-sekolah Agama. Semua guru terlibat bagi menjayakan acara tersebut. Segalanya berjalan dengan lancar. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang. Selepas itu para peserta mula meninggalkan sekolah menuju ke destinasi masing-masing. Nurul Iman dan Shifwah turut pulang ke asrama setelah segalanya selesai. Walaupun agak letih tapi mereka berasa lega kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Selepas ini bolehlah mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran semula.

“Kak Nurul... Shifwah cakap sikit boleh tak?” tanya Shifwah setelah mereka selesai menunaikan solat isyak.

“Tanyalah... insyaALLAH kalau kak Nurul dapat jawab kak Nurul akan jawab, tapi kalau tak dapat maafkan kak Nurul yea “ balas Nurul Iman lembut.

“Apa pendapat Kak Nurul tentang Ustaz Safwan ? “ tanya Shifwah.

Nurul Iman memandang Shifwah sambil tersenyum.

“Orangnya beragama, baik hati, dan bertanggungjawab. Mmmm.... sesuai untuk Shifwah, “ usik Nurul Iman sambil tersenyum.

“Betul Ke? “ balas Shifwah lagi.

Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kemudiannya bangun untuk membuka radio yang terletak diatas mejanya itu. Shifwah hanya memandang Nurul Iman sebelum meneruskan kata-katanya kembali.

“Kak Nurul tahu, tadi Ustaz Amir beritahu kat Shifwah yang Ustaz Safwan nak melamar Shifwah sambung “ .Shifwah kembali.
Nurul Iman berpaling ke arah Shifwah. Dia kemudian berjalan ke arah Shifwah dan memeluknya.

“Alhamdulillah, Tahniah dik, “ kata Nurul Iman.

“Tak sabarnya nak makan nasi minyak adik akak ni, Bila nak lansungnya?” balas Nurul Iman teruja.

Shifwah Cuma tersenyum. Dia memerhatikan Nurul Iman. Dia tidak menyangka dia akan menipu sebegitu dengan Nurul Iman. Hatinya cukup terkejut petang tadi bila Ustaz Amir memberitahu lamaran Ustaz Safwan untuk Nurul Iman. Sedangkan dia sendiri terlalu menyintai Ustaz Safwan. Maafkan Shifwah kak Nurul, bicaranya dalam hati.

“Amboi dah menung tu, tak sabar ke nak naik pelamin,  “ usik Nurul Iman.

Lamunan Shifwan tersentak. Dia cuma mampu tersenyum tawar dengan gurauan itu. Dia kemudiannya meminta diri untuk tidur awal. Tinggal Nurul Iman sendirian di ruang tamu. Nurul Iman tersenyum sendiri. Dia bersyukur kerana Jodoh Shifwah telah sampai. Dia catatkannya di dalam diari miliknya. Dia mula mencatat sesuatu..
Sudah sebulan Ustaz Safwan berhenti. Dia telah menerima tawaran menjadi pensyarah di UIA. Shifwah terkejut dengan berita itu apabila sekembalinya dia dari cuti penggal pertama persekolahan. Sementara Nurul Iman masih di kampung kerana awal-awal lagi dia telah meminta cuti 3 bulan tanpa gaji kerana urusan peribadi. Perkhabaran berita Ustaz Safwan disampaikan oleh Pengetua pada hari pertama persekolahan sewaktu perhimpunan pagi. Tiada jamuan perpisahan yang sempat dilakukan memandangkan Ustaz Safwan berpindah semasa cuti sekolah. Shifwah mengerti yang Ustaz Safwan membawa diri kerana cerita bohong yang di cipta olehnya sendiri dengan mengatakan Nurul Iman telah dilamar di kampung, dan bercuti selama 3 bulan untuk berkahwin. Dia ingat lagi kata-kata Ustaz Amir sewaktu dia menanyakan kepada Ustaz Amir perihal Ustaz Safwan.

“Dia kecewa. Benar-benar dia kecewa Shifwah, Masa saya khabarkan berita tentang Nurul Iman akan berkahwin, dia menangis. Teruk nangisnya. Tak sangka sampai begitu sekali dalamnya cinta dia pada Nurul Iman. Takpelah mungkin tiada jodoh antara mereka,Doakan saja dia tabah” kata Ustaz Amir.
Shifwah terkedu.

“Ustaz rahsiakan hal ini dari Kak Nurul yea. Saya khuatir Kak Nurul rasa bersalah nanti” balas Shifwah.

Shifwah tidak mahu rahsianya terbongkar. Hatinya berasa sakit mengenangkan hal itu. Namun dia tidak akan sesekali berputus asa terhadap Ustaz Safwan. Entah kenapa susah benar hatinya untuk lupakan Ustaz Safwan. Baginya Ustaz Safwan miliki segala ciri-ciri seorang suami yang dicarinya. Namun hatinya puas, sekurang-kurangnya dia dapat pisahkan Nurul Iman dan Ustaz Safwan. Mujur messagenya di balas Ustaz Safwan. Walaupun ada yang tidak di balas tapi sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan dirinya dengan Ustaz Safwan. Dia mahu mengambil berat perihal Ustaz Safwan dengan harapan dapat mencuit sedikit hatinya. Moga dengan itu Ustaz Safwan akan melupai Nurul Iman dan menghargai orang yang mengambil berat tentangnya. Shifwah tersenyum sendiri dengan perancangan yang diatur olehnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kak Nurul di skrin telefon bimbitnya.

“Assalamualaikum, kak Nurul. Amboi ambik cuti tanpa gaji lagi. Tak cukup ke cuti 2 minggu tu?” kata Shifwah dengan panjang lebar.

“Waalaikumussalam wbt, Ish.. Ish.. Ish? tak sempat kita nak balas salam dia. Panjang pulak bebelnya”usik Nurul Iman.
Berderai ketawa Shifwah di hujung talian. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia begitu pandai berpura-pura bahagia didepan Nurul Iman.

“Rindu kat adik akak ni.. Rindu kat akak tak?”sambung Nurul Iman lagi.

“Rindu lah. Sorang-sorang kat sini, takde orang kita nak sakat. Kenapa cuti lama sangat kak Nurul? Baliklah cepat yea..” balas Shifwah.

“Kan dah beritahu hari tu, kak Nurul ada urusan peribadi. Insyaallah, kalau selesai cepat kak Nurul balik awal yea. Rindu sangat dekat Shifwah”kata Nurul Iman lembut.

Tiba-tiba timbul rasa syahdu dalam diri Shifwah apabila mendengar ungkapan itu dari mulut Nurul Iman. Betapa mulia diri Nurul Iman berbanding dengan dirinya. Dia rasa bersalah dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nurul Iman kepadanya. Kerana Ustaz Safwan, hatinya terhadap Nurul Iman mula berubah.Maafkan Shifwah kak Nurul, Shifwah sayang akak, tapi Shifwah benar-benar cintakan Ustaz Safwan, bicara hatinya sendiri.

“Shifwah.. Shifwah.. Shifwah” panggil Nurul Iman bila didapati Shifwah senyap di hujung talian.

“Maaf kak Nurul. Mintak diri dulu yea, kita mengantuk sangat. Akak jaga diri baik-baik yea, Assalamaulaikum...”balas Shifwah lemah?.

“Maafkan kak Nurul yea. Baiklah, Shifwah juga. Yarhamukullah (semoga Allah merahmatimu). Waalaikumussalam,” jawab Nurul Iman.

Shifwah mematikan talian telefon bimbit sebaik Nurul Iman menjawab salamnya. Berita Ustaz Safwan telah berhenti tidak dikhabarkannya kepada Nurul Iman. Hatinya kembali tidak tenang. Sungguh hatinya terseksa memperlakukan sahabat yang paling disayangi sebegitu rupa hanya kerana ingin meraih cinta seorang lelaki. Tiba-tiba dia merasa benci terhadap dirinya sendiri. Namun hatinya tetap ingin meraih cinta dari Ustaz Safwan.

“Salahkah aku memiliki fitrah sebegitu. Mencintai seorang insan bernama lelaki” soal dirinya sendiri.
Malam itu dia terlena bertemankan air mata.



***to be continued***..

pssttt..jangan marah yer...panjang sangat cerita..ehhehe




1 comment: