Friday, 16 December 2011

wangian Kasih Nurul Iman... (bahagian 2)

http://unahusna89.blogspot.com/2011/12/wangian-kasih-nurul-iman.html (bahagian pertama)

Bahagian Kedua




Hujung minggu itu Nurul Iman dan Shifwah berpindah ke asrama aspuri. Mujur mereka dibantu oleh pelajar-pelajar aspura dengan kebenaran dari Ustaz Amir dan Ustaz Safwan yang merupakan warden bagi pelajar aspura. Ustaz Amir dan Ustaz Safwan membawa beberapa orang pelajar aspura ke rumah sewa Nurul Iman dan Shifwah. Hampir tengahari baru mereka selesai mengangkut barang. Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka Nurul Iman dan Shifwah mula mengemas barang. Mujur beberapa orang pelajar aspuri turut membantu mereka.
                          
Terima kasih semua, kata Nurul Iman dan Shifwah kepada beberapa orang pelajar aspuri.

Sama-sama ustazah, jawab mereka serentak.

Nurul Iman dan Shifwah kemudiannya masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam itu mereka tidur dengan nyenyak kerana kepenatan.Nurul Iman merasa tenang. Dia syukuri nikmat Allah kerana masih dapat melakukan solat secara berjemaah dengan pelajar aspura dan aspuri. Hari ini genaplah setahun dia dan Shifwah menjadi warden asrama. Qalbunya merasa syahdu dengan rutin harian di asrama, iaitu solat secara berjemaah. Terngia-ngia kata abang longnya ketika abang longnya menyampaikan tazkirah setiap kali mereka solat berjemaah di kampung. Kelebihan solat berjemaah sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw,Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi).

Dalam satu hadis yang lain abu hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Nabi Muhammad saw bersabda, "Solat dengan berjemaah adala 25 kali lebih utama dari solat di rumah atau di kedai. ini adalah kerana apabila seorang hendak solat maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa. Kalau dia ber'iktikaf pula dalam masjid degan ada wudhu selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah swt memohon ampun untuknya. Dan selagi dia ber'iktikaf menunggu solat, dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sibuk bersolat."
(Riwayat Al Bukahri, Muslim, Abu Daud , Tarmizi,Ibn Majah)

Ya Allah, terima kasih untuk nikmat ketenangan ini, bisik hati kecilnya.



Ustazah.... panggil Wahidah selaku presiden asrama aspuri. Nurul Iman yang ketika itu sedang menuruni anak tangga surau sekolah terhenti. Dia menunggu wahidah datang kepadanya.

“Ustazah,malam ni ustazah nak bagi tazkirah kat mana? Dalam dorm (Bilik yang dihuni sekurang-kurangnya 10 orang pelajar) ke ustazah, terang Wahidah lagi.”

“Nasib baik Wahidah ingatkan ustazah tadi, Terima kasih yea. Kalau macam tu nanti dalam pukul 9.15 suruh semua berkumpul di dorm wahidah yea. Nanti Ustazah datang, balas Nurul Iman.”

“Baik Ustazah,”jawab Wahidah.

Nurul Iman bersiap untuk ke dorm Wahidah yang terletak disebelah biliknya. Sememangnya pada hari sabtu setiap warden perlu memberikan tazkirah kepada pelajar. Kalau bagi asrama aspuri dirinya dan Shifwah yang akan berikan tazkirah tersebut, manakala pelajar aspura pula Ustaz Amir atau Ustaz Safwan yang akan memberikan tazkirah. Namun malam itu cuma dia seorang sahaja kerana Shifwah mengikuti kursus bagi guru-guru pendidikan islam. Nurul Iman tidak sedikit pun mengeluh kerana sememangnya dia sudah biasa, lagipun dia sememangnya rapat dengan pelajar-pelajar tersebut.

”Assalamualaikum”, kata Nurul Iman sebelum masuk ke dorm Wahidah.

“Waalaikumussalam,” jawab pelajar aspuri serentak.Dilihatnya bilik itu telah penuh. Tahulah dirinya bahawa mereka semua telah ada dan bersedia untuk mendengar tazkirah darinya. Nurul Iman melangkah masuk dan menuju ke satu sudut kosong yang sememangnya telah dikhaskan untuknya. Dia duduk bersimpuh di sebelah Wahidah.

”Semua dah masuk ke wahidah? tanya Nurul Iman lembut.

“Dah ustazah,” balas Wahidah sambil tersenyum.
 “Baiklah semua kita mulakan majlis kita malam ini dengan Umul Kitab, Al-Fatihah,” ucap Nurul    Iman bagi memulakan majlis tazkirah pada malam itu.

“Baiklah semua, malam ni ustazah nak ceritakan satu kisah pada kamu semua. Tapi Cerita yang bakal Ustazah ceritakan sebentar lagi ni bukan sekadar untuk didengar tapi ada sesuatu yang ustazah selitkan. Jadi dengar baik-baik apa yang Ustazah nak ceritakan ni,”terang Nurul Iman.

Ada sebatang buluh yang indah tumbuh dihalaman rumah seorang petani. Batang bulu ini tumbuh tinggi menjulang diantara batang-batanag buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya buluh itu. Dia berkat kepada batang buluh Wahai buluh, mahukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku ??. Batang buluh menjawabnya Oh, tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu?. Si petani menjawab Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu, lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat meluakai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engaku sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada didalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi saluran paip air yang akan mengalirkan air untuk megairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur. Mendengar hal ini, batang buluh terdiam agak lama. Kemudian ia berkata kepada si petani, Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat pnghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu tuan? Petani itupun menjawab kerunsingan batang buluh itu, Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, kerana aku memilihmu kerana engkaulah yang paling kuat dari semua batang pada umpun ini. Jadi bertenanglah. Akhirnya batang bulu itu menyerah dan redha. Baiklah, tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki. Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang buluh indah yang dulu menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, cerita Nurul Iman dengan panjang lebar.

“Jadi siapa tahu apa makna yang tersurat dan tersirat dalam cerita ustazah tadi? tanya Nurul Iman.

“Kita mesti sanggup berbakti kepada tuan kita, jawab Wahidah.”

Lagi? tanya Nurul Iman kembali.

“Kita perlu membantu seseorang yang memerlukan bantuan kita”. jawab Aishah.

Ada sesiapa lagi nak tambah? tanya Nurul Iman kembali.

Baiklah, apa yang Aishah dengan Wahidah cakap tadi memang betul takde salahnya. Tapi sebenarnya apa yang ustazah nak sampaikan ialah pernah tak kita terfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin ALLAH sedang memposes kita untuk menjadi indah dihadapanNYA.. Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang membuat kita menjadi manusia yang berguna. DIA sedang membuang kesombongan dan segala sifat yang tak berkenanan bagiNYA. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana ALLAH tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahu tak kita berserah pada kehendak ALLAH, membiarkan DIA melakukan sesuatu didalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna kepadaNYA. Seperti batang buluh tadi, mari kita berkata. ?Ini hambamu Ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki. Hamba bersedia menempuhinya. Jadi mulai hari ini kalau ALLAH uji kita, kita jangan mengeluh, sebab semua itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Tapi janganlah kita mengharapkan hikmah tersebut kerana mungkin ALLAH tak bagi kita nampak sekarang, mungkin 2 atau 3 tahun baru kita nampak. Wallahualam.. terang Nurul Iman sambil tersenyum.

“Boleh ke kita jadi macam batang buluh tadi,” tanya Nurul Iman?.

 “InsyaALLAH”.. serentak semua pelajar perempuan membalasnya.

 “Alhamdulillah” jawab Nurul Iman sambil tersenyum.

Ustazah ni memang murah senyuman kan, tiba-tiba ain penolong presiden mencelah.
Nurul Iman hanya tersenyum mendengar soalan dari ain tersebut. Nurul Iman hanya diam hanya senyuman yang diberi sebagai jawapan bagi soalan dari pelajarnya itu.

Ustazah tahu, masa ustazah lalu depan kelas kami hari tu, masa tu Ustaz Safwan sedang mengajar tentang Rasulullah. Dia ceritakan bagaimana Rasulullah murah dengan senyuman. Bila Ustazah dah melepasi kelas kami tiba-tiba Ustaz Safwan kata, tengok macam ustazah Nurul Iman tu, murah senyuman tak kira pada sesiapa pun. Saya suka orang yang murah senyuman ni. Tenang je hati bila kita lihat, betul tak?, kata Ustaz Safwan ustazah, terang Ain dengan panjang lebar sambil mengajuk cara Ustaz Safwan bercakap.

“Haah... ustazah betul kata Ain tu” celah khairunnisa tiba-tiba.

Nurul Iman hanya tersenyum mendengar cerita dari pelajarnya itu. Dia agak terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Ain sebentar tadi tapi sengaja dia mengkontrolnya takut pelajar-pelajar itu akan memikirkan perkara yang bukan2. Dia tidak mahu jika dirinya dan Ustaz Safwan menjadi bualan kelak. Betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Safwan itu. Jika kita berwajah manis, orang disekeliling kita akan merasa tenang melihat kita.Bukankah Rasulullah pernah berkata 'Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikitpun sekalipun ketika kamu bertemu saudara kamu dengan menunjukkan wajah yang manis. Hal ini direkodkan oleh Muslim, terang Nurul Iman
Baiklah, ingat apa yang ustazah cerita tadi yea. Jadikan pedoman buat kita semua. Kita bersurai sampai disini dulu dan ustazah akhiri dengan selawat syifa, sambungnya lagi.

Dia kemudiannya bingkas bangun sambil sempat memesan pada Wahidah yang lampu mesti ditutup sebelum pukul 11.00. Nurul Iman kemudiannya berlalu pergi.Dia masuk semula kebiliknya. Setelah masuk dia kemeja untuk membuka radio kecil miliknya itu. Kedengaran suara dj ustaz Irwan berceloteh. Nurul Iman membuka tudungnya dan mencapai towel kecil yang tergantung di dinding. Kemudian dia menuju kebilik air untuk menggosok gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur. Selesai melaksanakan urusan tersebut Nurul Iman merebahkan dirinya ke katil lalu tertidur dengan nyenyak sekali.



 ***To Be Continued***


2 comments: