Saturday 27 August 2011

kewajipan membayar zakat fitrah...









Kefarduan mengeluarkan zakat fitrah pada Ramadan adalah bukti bahawa umat Islam perlu hidup bertolak ansur dan bersatu padu tanpa membezakan status ekonomi, keturunan, pendidikan dan kadar ketakwaan. Ini seiring dengan fungsinya untuk meningkatkan daya saing ekonomi kaum dua'fa (orang lemah).

Jelasnya, dengan zakat itu dapat merapatkan jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin. Zakat fitrah adalah tuntutan yang wajib ditunaikan apabila seseorang memenuhi syaratnya. Ia berdasarkan hadis yang bermaksud: "Rasulullah memfardukan zakat fitrah pada Ramadan segantang tamar atau segantang gandum atas orang Islam sama ada hamba sahaya atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar."

Umat Islam hendaklah bersegera dalam mengeluarkan zakat dengan menyedari bahawa ia adalah antara tuntutan Rukun Islam yang lima. Sesungguhnya, Islam seseorang belum lagi sempurna jika tidak mengeluarkan zakat. Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.

Zakat fitrah juga berfungsi membersihkan jiwa pembayar. Hakikatnya, zakat berfungsi sebagai amalan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah hingga menjauhkan manusia daripada sifat mencintai dunia secara berlebihan dan melupakan hari akhirat. Hikmatnya zakat juga dapat menyucikan diri orang yang berpuasa kerana ada kemungkinan dirinya itu mengalami kesan kelalaian, kerosakan puasanya. Begitu juga dia akan mengelakkan orang fakir dan miskin daripada meminta-minta pada hari raya.
 Ibnu Abbas berkata yang bermaksud: "Rasulullah telah memfardukan zakat fitrah sebagaimenyucikan orang yang berpuasa daripada sia-sia dan untuk menjadi makanan pada orang miskin." Islam menetapkan lapan asnaf yang berhak menerima zakat. Dalam al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

Bagaimanapun, masih ada umat Islam yang mengambil mudah kewajipan berzakat fitrah. Mereka terlupa mengeluarkannya hingga tiba Aidilfitri. Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan manakala hukumnya menjadi haram selepas solat Aidilfitri. Perkara ini ada disebut Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; "Zakat fitrah itu dibuat bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada percakapan yang sia-sia dan kotor dan makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa saja." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berdasarkan hadis ini, janganlah kita berlengah untuk berzakat fitrah. Ingatkan ahli keluarga dan rakan supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat dilakukan tepat pada masanya. Dengan segera mengeluarkan zakat, wang itu dapat diagihkan segera kepada mereka yang memerlukan dan berhak menerimanya.



"Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanya tertentu untuk orang fakir, miskin, amil yang menguruskan zakat, muallaf yang dijinakkan hatinya dan hamba yang ingin membebaskan diri (diberi peluang menebus diri tetapi tidak mampu), orang berhutang.
Orang yang berjuang di jalan Allah dan orang musafir (yang kehabisan bekalan)
dalam perjalanan, sebagai kewajipan fardu yang ditetapkan Allah,
dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" 


:: Surah At-Taubah : 60 ::











p/s: sahabat2 jangan lupa membayar zakat fitrah yer sebelum beraya ni...hhehehehe...  :)


Kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua sahabat penulis..pembaca coretan hati....dan sahabat2 yang mengenali penulis...Mohon maaf andai terdapat kekhilafan dari penulis...kepada yang pulang ke kampung berhati2 di jalan raya....semoga selamat sampai ke kampung halaman,,,  :)


Sumber:http//:www.iluvislam.com

Tuesday 16 August 2011

Nuzul Al-Quran...





Oleh : AbuYusoef Hashim Othman Al-Maranji










PENGENALAN

Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qat’i Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) salah satu aspek daripada pengajian ‘Ulum al-Quran’. Ilmu berkaitan Nuzul akan membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga mengetahui asbab al-nuzul.

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

‘Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua Hira’ beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,”Kadang-kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yang disampaikannya kepada-Ku.”

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.

Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-‘Izzah berpandukan kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal ‘Amir al-Sha’abi mengatakan: “Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.”

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-‘Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-‘Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai ‘keseluruhan al-Quran’. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia dinyatakan dalam surah al-A’raf, ayat 204, Allah SWT berfirman,

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Mengenai riwayat Ibn ‘Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn ‘Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti ‘Abdullah Mas’ud, Ubayy bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan Mu’az bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali gus ke Bait al-‘Izzah.

Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn ‘Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai ‘sahabat’, oleh itu beliau tergolong di bawah ‘Hukm al-Marfu’ iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.
 

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn ‘Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.
 



*** Salam Nuzul Al-Quran 1432 hijrah kepada sahabat-sahabat dan pembaca ,,,***











Sumber : web Halaqah.Net

Thursday 11 August 2011

Hikmah Sujud...







Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah s.w.t.Allah berfirman dalam surah Al-hajj ayat 77 yang bermaksud :"Hai orang yang beriman,rukuk dan sujudlah.....".Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan ,antarnya ialah :


  • Melegakan sistem penafasan(relieved congestion for breathing)
  • mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas Ketika Sujud akan :

  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh(prolapsed uterus/fallen bond womb).
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurang sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelviks.
  • Bagi Wanita,gerakkan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut,akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.


P/s: Selamat Membaca...Maaf dalam ruangan ni ada menyebut perkataan yang sensitif bagi sesetengah pihak...asif jiddan dari penulis... =)..

Sumber : Majalah solusi...Ruangan Info...

Wednesday 10 August 2011

Panduan Supaya Nafsu Dirahmati Tuhan..

1. Menjaga solat dan berusaha menambahnya dengan melakukan solat sunat.

2. Mengingati Allah tidak kira tempat dan waktu.

3. Banyak berpuasa sunat supaya dapat mengawal nafsu.

4.Banyak bercampur dengan kawan dan kawasan yang baik.

5.Menciptakan suasana yang baik dalam keluarga.

6.Jangan memandang rendah pada dosa atau kesalahan kecil..

7. Membnayakkan bertaubat dan iringi perbuatan buruk dengan melakukan perbuatan yang baik tapi janganlah diulangi lagi.

8.Berdoa dan mohonlah kepada Allah supaya sentiasa menolong kita yang sedang berjihad melawan hawa nafsu.


sumber: buku bertajuk "Bercinta ok ataupun Ko?.ditulis oleh Rabiatul adawiyah,,,,

P/s:Selamat Membaca ;)

Alhamdulillah..dah 10 hari ;)






Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...kita berjumpa lagi di dunia belog...sahabat-sahabat semua sihat??cam ner puasa??harap2 semua ok...ermmmm...sedar tak sedar dah 10 hari kita melakukan ibadah puasa ini...ini juga bermakna dah berakhirnya fasa 1 bulan ramadahan dan bermulanya fasa ke 2 pula..Alhamdulillah..syukur...Puasa kali ni seperti penulis nyatakan pada entri2 yang lepas,penulis berpuasa di kampung bersama keluarga..,.di manakah???heheheh...penulis posa kat kedah...sangat2 la seronok kali ni dapat full bulan ramadhan berpuasa and solat terawih bersama keluarga...Namun,kenangan berpuasa dengan kawan2 kat kolej tak dapat penulis lupakan...

Ermmm..Penulis nak cerita la sikit pasai apa penulis suka sangat berpuasa di kampung ni...Firstly mestilah dapat bersama mak ayah dan adik2..opppsss..tak lupa juga kat tok,,,, =) ..pas tu dapat p terawih kat masjid bersam orang2 kampung....jumpa mak cik2 yang dah lama x jumpa....hehehhe...dari segi juadah berbuka and bersahur memang terbaekkk la...macam2 juadah disediakan oleh ibu penulis...waktu tu teringat pulak zaman kolej dulu2..berbuka dengan nasi bungkus jer bersama kawan2...sahur pulak makan roti jer ngan nescafe...x pun makan megi ...kalo rajin sangat pun masak nasi goreng dengan ikan bilis...sob...sob...sedihkan dengar...huhuhuhu...Selain tu kan hidup kat kampung ni jiran2 semua mesra alam...penulis bukan nak kata jiran2  di bandar x mesra alam..ada jugak sesetengahnya mesra alam...maaf ek kawan2 yang terasa,,,kenapa penulis cakap macam tu???yer la...selama 10 hari berpuasa macam juadah jiran2 bagi...boleh dikatakan setiap hari lah...Terima kasih banyak2 jiran2ku semua yang baik hati...long,tok che ma,cik neh, ngah melah dan yang lain-lain...

kalau mengenai bazar ramadhan pulak jangan cerita lah...sana sini ada,,,tu tak kira dengan orang yang jual tepi jalan lagi,,,macam kat tempat len gak la kan...banyak pilihan makanan yang dijual...tp penulis sedih...x jumpa lagi nasi kerabu yang kelantan punyer...nasi kerabu+budu+telur masin+daging salai...fuhhhh..rindunyerr nasi kerabu tu...masa kat kolej tu selalu beli...huhuhuhu...nasi kerabu oooo nasi kerabu...bilo la mu nok mari sini...

ok Lah setakat ni dulu penulis nak merapu dalam entri kali ni....len kali penulis merapu lagi ek..hehehehe...bye...bye semua...wassalam.. =)

Sunday 7 August 2011

istikharah cinta...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu 
diistikharah cinta..


Bersabarlah Menghadapi Ujian Allah...










Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah..."

Firman Allah Ta'ala:
" Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).

Kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji. Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian...Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan....dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan...dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita. Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan. Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah...Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan. Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin...di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah. Dan berpeganglah kepada ayat ini...walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA...Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab.S esungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita....Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.

Saturday 6 August 2011

Mukjizat Al-Quran...



Salam 7 Ramadhan 1432 hijrah sahabat-sahabat semua...Hari ni  Penulis ingin berkongsi  mengenai Mukjizat Al-quran .Al-quran merupakan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah s.a.w sebagai bukti kenabian baginda.Mukjizat ini kekal hingga hari ini dan kita dapat saksikannya,memegangnya malah sentiasa dapat membaca atau mendengar isikandungannya.Ini berbeza dengan mukjizat para rasul lain yang hanya dapat disaksikan oleh kaum pada zaman tersebut sahaja.Mukjizat ini tidak terbatas kepada aspek ini sahaja,bahkan meliputi pelbagai aspek.Binalah rasa lebih kagum dengan Al-quran dengan lebih mengenali mukjizat ini berdasarkan pembahgiannya.


1. I'jaz al-Lughawi(Mukjizat Bahasa)


Al-quran wujud hingga hari ini dalam bentuk mushaf.Dari segi nahu,saraf dan balaghah,semuanya begitu indah hingga berjaya memukau banyak hati -hati kepada islam.Pernahkah kedengaran ada yang mendakwa terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa dalam Al-quran ??pastinya tidak.Inilah juga mukjizat utama Al-quran...Buktinya hingga kini tiada makhluk pun mampu mencabar Al-quran.Allah berfirman yang bermaksud :"Katakanlah(Wahai Muhammad)sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-quran ini,mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya,walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".(Surah Al-Isra'   17:88).


2. I'jaz al-'Ilmi(Mukjizat Al-quran melalui sains)


Keajaiban sains dalam Al-quran telah tersingkap melalui pelbagai kajian dan penemuan.Hingga kini juga tiada kajian sains yang didapati bertentangan dengan Al-quran ,malah penemuan demi penemuan terus ditemui dalam Al-quran.Banyak keajaiban sains dalam Al-quran boleh ditemui dalam laman web harun yahya dan Commission on Scientific Signs Of Qura'n and Sunnah(www.nooran.org).


3. I'jaz al-Adadi(Mukjizat dari segi bilangan)


Abdul Razzaq Nawfal dalam Mu'jizat al-Arqam wa al-Tarqim fi Al--Quran al-Karim ada menyatakan beberapa keajaiban al-Quran dari segi jumlah perkataan yang ada signifikannya.Contohnya terdapat keseimbangan antara jumlah kata dengan antonimnya:

(i) Hidup dan Mati : 145 kali
(ii) Dunia dan Akhirat: 115 kali
(iii) Malaikat dan Syaitan: 68 kali
(iv) Manfaat dan Mudarat: 50 kali
(v) Panas dan dingin : 4 kali
(vi) Kebaikan dan keburukan : 167 kali
(vii) Lelaki dan wanita : 24 kali..


Wallahua'lam..setakat ni saja dulu perkongsian untuk ruangan ilmu kali ni...


**Sumber : Majalah solusi : Isu no.18 **