Friday 24 May 2013

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung....Jadikan Cinta itu Lubuk Pahala...





Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?
Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.
Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.
Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?
Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.
Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.







 (sumber : Artikel)






Thursday 23 May 2013

Untuk Kamu....Kamu....Kamu.....yang Sedang Berchenta...


Bismillahirrahmanirrahim...............




..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...

Mungkin ungkapan ini sesuai dengan situasi bagi mereka yang telah menemui seseorang atau mungkin bukan juga seseorang tetapi yang cukup istimewa untuk di jadikan sebagai peneman hidup di dunia mahupun akhirat..

Kalau kita lihat fenomena anak muda sekarang…ramai yang bercinta..tetepi sejauh mana mereka faham tentang istilah cinta itu sendiri..mungkin bagi mereka cinta itu dianggap sebagai satu kepuasan bagi diri mereka untuk melepaskan segalanya tanpa menghiraukan hukum hakam Allah SWT..

Mungkin juga sekarang ramai remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Ya tidak, bercinta memang tidak salah kerana ia adalah fitrah semulajadi yang Allah telah kurniakan kepada setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Tetapi mestilah disertakan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan  oleh Allah SWT..

Bagi orang yang pernah bercinta dengan mengikut nafsu mungkin Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta mereka dengan menafikan peraturan Allah…dan ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah….

“Jangan bercinta dengan seseorang perempuan/lelaki itu jika bukan berniat untuk mengahwininya”

Apa yang boleh faham di sini, cinta itu tidak salah jika berada pada landasannya…Hendaklah cinta kita itu berdasarkan kepada cinta Allah. Maksudnya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepadanNYA..


Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang sedang bercinta di harapkan  cintailah seseorang itu dengan niat untuk mengahwininya…jangan risau walau usia kita masih muda..mungkin ada yang merungut kami belum ada rumah,kereta,kerja? Masih belajar.…tetapi  ingatlah rezeki Allah ada dimana sahaja…jika kita melaksanakan hakNya..insyaAllah saya  yakin Allah akan permudahkan kita semua... selain itu,kita bebas mencintai sesiapa pun yang kita mahu, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. 


Akhir kata, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah…tetapi jika perempuan / lelaki itu bukanlah jodoh kita yang kita cintai selama ini..redha lah dengan ketentuanNya…mungkin Dia ingin memberikan orang yang lebih baik untuk kita….kita cuma merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA..... wallahualam…                              " jadikan cinta itu membuatkan kita lebih mengingati Allah."                             " jadikan   Cinta itu membuatkan ibadah kita lebih banyak."

Wednesday 22 May 2013