Friday 9 December 2011

wangian Kasih Nurul Iman...

Bahagian Pertama









Perlahan-lahan Nurul Iman bangun dari tilamnya. Nurul Iman menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan. Pernah dia terbaca Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur.

Ini Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

Rasulullah S.A.W, bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya.
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Nurul Iman memandang disekeliling bilik. Tiba-tiba Nurul Iman teringat sesuatu "Ya Allah, tak solat maghrib lagi", Bisik hati kecilnya. Nurul Iman bingkas bangun. Namun langkahnya terhenti seketika, "Allahu Akbar, kan Allah bagi cuti lagi!!". Nurul Iman kemudiannya menghalakan langkah ke meja belajar di satu sudut bilik. Nurul Iman menekan butang on pada laptop yang saban hari setia menjalankan tugasnya seperti yang diprogramkan. Hatinya terdetik "Betapa hebat ilham manusia yang menciptakan laptop tersebut. Namun dia sedari semua kekaguman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T, Masya-Allah(Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan) Tanpa kurniaan dari Allah, tak mungkin manusia mampu berfikir sebegitu. Walaupun satu-satunya makhluk Allah yang berakal adalah manusia, namun tidak semua membuat pemanduan yang betul dengan kurniaan yang satu itu. Bagi yang menggunakan mata hati pasti mengerti tujuan penganugerahan akal itu, namun bagi yang lalai dan terleka, penganugerahan itu pasti digunakan dengan tujuan yang sia-sia. Nurul Iman termenung sendiri. Matanya liar mencari icon real player di desktop laptopnya.

Kemudian perlahan lagu di dalam real player miliknya dimainkan. Berkumandang lagu-lagu nasyid kegemaran Nurul Iman. Nurul Iman tersenyum sendiri menghayati lirik lagu Permaisuri Hatiku dendangan kumpulan Hijjaz. Nurul Iman ingat lagi bagaimana abang longnya menyanyikan lagu itu dihadapan web cam untuk kakak iparnya yang menyambungkan pelajaran ke Mesir. Hampir nak pecah perut Nurul Iman dan adik-beradik yang lain bila terdengar suara sumbang abang long mereka. (Tak sangka abang long romantik. Muka je nampak garang tapi hati penuh kasih sayang rupanya, bisik hati kecilnya.) Namun Alhamdulillah, dugaan Allah buat mereka dah berakhir. Kini kakak ipar Nurul Iman telah kembali ke Malaysia dan mereka bahagia melayari bahtera rumahtangga di daerah yang lain.

Tiba-tiba hati Nurul Iman rindukan kampung halamannya. Dugaan Allah buatnya terasa berat untuk dipikul. Namun dia sedar, dia tidak harus merungut atas rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Terngiang-ngiang pesanan umminya "Kak lang janganlah sedih. Rezeki kak lang Allah tetapkan di sana. Kena redho. Rencana Allah kita tak tahu. Ada hikmahnya. Insyaallah, ikhlaskan hati baru gaji kita berkat. Cuti sekolah kak lang baliklah," pujuk ummi malam sebelum Nurul Iman berangkat ke sabah. "Terima kasih ummi," bicara hati kecilnya. Nurul Iman kemudian menarik helaian kertas kajang di atas meja. Nurul Iman perlu habiskan menyemak ke semua kertas soalan peperiksaan setengah tahun pelajar Nurul Iman. Minggu hadapan semua guru perlu key-in markah pelajar dalam sistem markah di Sekolah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Bila daun pintu itu terkuak menyeringgai wajah shifwah teman serumahnya.

"Assalamualaikum, buat apa tu kak? Busy ke?," sambungnya lagi.
"Waalaikumussalam, na'am(ya) busy sesangat ni. Kalau shifwah masuk lagi busy jadinya nanti," balas Nurul Iman sambil tersenyum.

"Yelah-yelah, tak ganggu. Nyampah tau," kata Shifwah sambil memuncungkan bibirnya ke depan. Namun dia tetap masuk ke bilik Nurul Iman dan duduk disebelahnya.

"Eh! Kata menyampah. Tiba-tiba je mengendeng kat kita ni? Iskh ...biasa ni," balas Nurul Iman sambil cuba menahan ketawa.

Tanpa semena-mena satu cubitan manja hinggap di pinggang Nurul Iman.
"Owch!!, aduh Nurul Iman".

Shifwah cuma membuat muka tidak bersalahnya sambil cuba menukar lagu di dalam Real player milik Nurul Iman. Nurul Iman cuma tersenyum dengan gelagat manja shifwah. Sahabatnya itu memang begitu. Namun dia syukuri nikmat persahabatan yang Allah kurniakan kepadanya dan shifwah. Dia sendiri tidak menyangka dia dan shifwah ditakdirkan posting ke sekolah yang sama. Baginya shifwah seorang sahabat yang baik, yang senantiasa mengambil berat pasal dirinya, begitu juga dengan dirinya terhadap shifwah. "Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, di atas kurniaan persahabatan ini," bisiknya sendiri.

"Nak kita tolong ke?, kata Shifwah mematikan lamunannya".
"Sanggup?," tanya Nurul Iman menduga.
"Boleh bah kalau kak Nurul, balas Shifwah sambil meniru loghat Sabah".
Berderai ketawa mereka serentak. Hampir dua belas malam baru mereka selesai menandakan kertas jawapan tersebut.

"Terima kasih ye dik," kata Nurul Iman kepada Shifwah sebelum dia masuk ke biliknya untuk tidur.

Shifwah cuma menghadiahkan senyuman kepada Nurul Iman sambil sempat mengusik. "Kak, nanti belanja makan ikan bakar yea."

"No problem," balas Nurul Iman sambil tersenyum lebar.

Selepas itu keduanya melayari dunia tidur yang paling nikmat pemberian Ilahi sementara menantikan hari esok menjengahkan surianya.
____________________________________________________________________

"Qiaman. Assalamualaikum ya Ustazah," ucap ketua kelas tingkatan 4 Saidina Ali.
"Bismillahhirrohmannirrahim, Allahummaftah 'alaina hikmatakawan syur 'alaina min khoza iniroh matikaya arhamarrohimin," serentak semua pelajar kelas tingkatan 4 Saidina Ali mengalunkan doa penerang hati sebelum kelas bermula..

"Khaifa halukum?," tanya Nurul Iman kepada semua pelajar tingkatan 4 Saidina Ali pagi itu sebelum memulakan kelasnya.

Alhamdulillah," bikhair, jawab mereka serentak.

Pagi itu Nurul Iman menyambung pelajaran minggu lepas iaitu bab Sembelihan. Pelajar-pelajarnya begitu bersemangat pagi itu. Sememangnya pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Sains ini begitu tekun dalam menuntut ilmu. Nurul Iman begitu gembira dapat mengajar di Sekolah tersebut. Dia masih ingat lagi betapa dia terkejut dengan suasana persekolahan di sekolah itu. Segala-galanya diasingkan. Pelajar lelaki tidak bercampur dengan pelajar perempuan. Ada 2 kelas bagi untuk satu tingkatan, seperti tingkatan 1 lelaki dan tingkatan 1 perempuan.

Seingat dirinya ketika dia bersekolah agama di Maahad Ahmadi dahulu pun tidak begitu pengasingan yang dibuat antara lelaki dan perempuan. Namun di sini Nurul Iman merasa teruja dengan sistem baru seperti itu. Walaupun agak janggal namun Nurul Iman gagahi jugak terutama ketika masuk di kelas lelaki. Pergerakannya agak kaku, mujur pelajar-pelajar di situ dilatih untuk menjaga adab mereka. Mereka begitu bersopan dalam pergaulan. Selesai mengajar Nurul Iman menuju ke kantin sekolahnya. Dia telah berjanji dengan shifwah untuk makan tengahari bersama. Ketika dia berhati-hati dalam menuruni anak tangga, tanpa semena-mena seorang lelaki melanggar tubuhnya dari hadapan. Nurul Iman jatuh terduduk ke belakang.

"Maafkan ana, ana tak perasan. Err saudari tak apa-apa?," ucapnya. Lelaki di hadapannya itu serba salah. Nak ditolong membangunkan Nurul Iman, agak sukar kerana dia perlu memegang Nurul Iman.Takut dituduh mengambil kesempatan terpaksa dia menunggu Nurul Iman untuk bangun semula. "Takpe, ana tak apa-apa. Syukran.." balas Nurul Iman. Dia kemudiannya bangun perlahan-lahan sambil tersenyum. Nurul Iman tidak lansung memandang lelaki yang berada di hadapannya. Dia terus berlalu. Bukan Nurul Iman berlagak sombong. Cuma dirinya memang begitu. Malu untuk bertentang mata dengan lelaki yang bukan mahramnya. Lelaki tersebut menghantar Nurul Iman dengan pandangan matanya sahaja. Dia merasa serba salah dengan Nurul Iman.

"Assalamualaikum Ustaz Safwan. Dah lama sampai ke?, "tiba-tiba Ustaz Amir menyapa lelaki tadi yang muncul dari belakangnya.

Kedengaran salam dari belakang. Lelaki itu menoleh kebelakang serta merta. Dia tersenyum melihat Ustaz Amir berdiri dibelakangnya.

"Pandang siapa Ustaz?," sambung Ustaz Amir sambil memandang ke arah yang sama.

"Takde apa-apa Ustaz Amir," balas Ustaz Safwan sambil menghulurkan tangannya ke arah Ustaz Amir. Ustaz Amir kemudiannya membawa Ustaz Safwan ke bilik pengetua untuk melapor diri bertugas di Sekolah itu.
Sesampainya di kantin, Nurul Iman terus mendapatkan shifwah. Assalamualaikum, sapa Nurul Iman....Waalaikumusalam, balas shifwah.Lambatnya kak Nurul ni, orang dah lapar ni tau, rungut Shifwah sambil memuncungkan bibirnya. Nurul Iman Cuma tersenyum. Dia tahu Shifwah Cuma bergurau. Peristiwa dia jatuh di tangga tadi, tidak diceritakannya kepada Shifwah. Baginya itu Cuma perkara yang kecil, maka tidak perlulah ianya dihebah-hebahkan. Lagi pulak ada guru lain yang turut sama makan di situ. Jadi segan untuk dia membuka mulut tentang hal tadi.Kak, sekejap lagi pengetua nak jumpa kita berdua, kata Shifwah setelah mereka berdua selesai makan.Nurul Iman terkejut. Dia memandang muka Shifwah dan menunggu butiran seterusnya. Memahami bahasa badan Nurul Iman, Shifwah Cuma menggelengkan kepala tanda dia juga tidak tahu tujuan mereka berdua dipanggil. Selesai makan mereka berdua menuju ke bilik pengetua yang terletak di pejabat. Sesampainya di sana, kerani menyuruh mereka duduk sebentar kerana pengetua ada tetamu. Tidak lama selepas itu keluar Ustaz Amir dan Ustaz Safwan dari bilik pengetua.Haa..... ustazah. Ni Ustaz Safwan, cikgu bahasa arab kita yang baru, perkenal ustaz Amir apabila dia melihat Nurul Iman dan Shifwah di situ.Ni Ustazah Nurul dan ini Ustazah Shifwah, sambungnya lagi.Ustaz Safwan cuma tersenyum. Matanya tertumpu pada Nurul Iman. Ingin sahaja dia bertanyakan kepada Nurul Iman jika dia mendapat kecederaan semasa insiden tadi. Namun terpotong apabila Ustaz Amir memohon diri kerana mahu membawa Ustaz Safwan ke bilik guru. Nurul Iman dan Shifwah seterusnya masuk ke bilik pengetua setelah pemergian Ustaz Amir dan Ustaz Safwan.Assalamualaikum, Ustaz, sapa Shifwah apabila masuk di dalam bilik pengetua tersebut.Waalaikumussalam, Haaa.. masuk Ustazah, Silakan duduk, balas pengetua.Ustazah berdua menyewa di luar kan?, aju pengetua setelah mereka berdua duduk.Yea, Ustaz, balas Shifwah pendek...
Macam ni Ustazah, Ustazah Fatimah dah nak pindah keluar dari asrama. Dia dah tak mahu jadi warden lagi sebab dia terpaksa pindah ke rumah ibu dia. Ibu dia sakit. Jadi disebabkan Ustazah berdua saje yang masih bujang, maka saya mintak jasa baik Ustazah berdua untuk gantikan tempat Ustazah Fatimah sebagai warden asrama bagi asrama aspuri, terang pengetua mereka.Nurul Iman dan Shifwah saling berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya Shifwah bersuara. ...Baik Ustaz, kami setuju....


***To Be Continue***






1 comment:

  1. salam alayk~ best,,ana tunggu sambungannya,, gud luck ya ukhti:)

    ReplyDelete