Friday 24 May 2013

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung....Jadikan Cinta itu Lubuk Pahala...





Bila baju melayu bertemu baju kurung. Hati bergetar. Terasa perasaan yang berlainan. Adakah itu cinta, mungkin ya. Jadi, adakah ia salah?
Betul atau salah bergantung kepada apa yang kita lakukan selepas itu. Jika kita memilih mendekati kepada jalan yang salah, kita menghampiri kepada cinta yang salah. Dan bermulalah proses penghasilan lubuk-lubuk dosa kita. Lubuk dosa yang penuh dengan angan-angan, lubuk dosa yang penuh dengan tangisan merajuk, lubuk dosa yang penuh pembaziran wang ringgit dan waktu, lubuk dosa yang penuh dengan syakwasangka kepada si dia yang mungkin curang, lubuk dosa dengan pergaduhan, lubuk dosa dengan ungkapan sayang yang bersifat luaran, lubuk dosa dengan berbangga dengan gambar-gambar berdua-duaan, yang mendekatkan diri kepada zina mata, zina hati. Dan terlebih bimbang jika pengakhirannya akan membawa penyesalan kepada diri- sendiri.
Tapi jika kita memilih menyalurkannya kepada jalan yang betul, ini akan menjadi sebuah cinta yang halal, cinta yang mampu menjadi lubuk pahala bagi kita. Lubuk pahala yang mampu memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda.
Jika sudah bersedia, pilihlah untuk berkahwin. Tetapi bukan dengan cara bercinta sebelum berkahwin dengan lelaki yang tidak halal bagi kita. Ada cara-cara tertentu, antaranya melalui orang tengah yang kita thiqah padanya, atau ibubapa. Kita terjaga, maruah kita terjaga, dan keberkatanNya ada. Kita ingin membina sebuah rumahtangga yang barakah, bercinta hingga ke syurga. Macam mana nak bercinta hingga ke syurga apabila sebuah rumah tangga dimulai dengan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah?
Cinta fitrah ini yang berakhir dengan sebuah perjanjian kuat yang indah, menjadi sebuah pelengkap agama. Dan seterusnya, lubuk pahala ini akan terus terisi dengan menjadikan diri sebagai seorang isteri solehah yang terbaik buat si dia yang halal, pemilik cinta kita selepas Allah dan RasulNya.
Bagi yang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang belum halal bagimu, jika belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, kuatkanlah diri, pilihlah untuk mengakhiri percintaan yang salah. Takut? Percayalah, Allah akan beri kekuatan. Jika benar si dia yang masih belum halal adalah untukmu, Allah akan hadirkan dia kembali buat dirimu. Janji yang Allah tak pernah mungkiri bahawa setiap makhluknya diciptakan berpasang-pasangan. Dan pasti ada pasangan yang tertulis namanya di Lauh Mahfuz untukmu. Dan bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang pasti lebih baik untuk kita. Kita mesti benar-benar percaya kerana Allah adalah pemilik cinta kita yang utama, yang takkan sesekali menipu hambaNya. Keyakinan dan keimanan ini adalah bukti cinta kita kepada pemilik cinta kita yang pertama iaitu Allah.
Cinta ini adalah lubuk pahala. Jika belum bersedia, atau belum mampu, atau belum tiba masanya, tetapi perasaan fitrah itu sudah ada, inilah yang akan menjadi lubuk pahala bagi kita. Bermujahadahlah. Tambahlah istighfar kepadaNya, berpuasalah untuk menjaga sebuah fitrah yang indah ini, dan teruslah berdoa. "Prayer is the best armor against all trials".
Dan dalam masa menanti seorang yang soleh hadir, kita bukan hanya perlu mencari, tetapi perlulah menjadi. Berusaha menjadi seorang wanita yang solehah, dan cuba memperbaiki kekurangan diri semampu yang mungkin.







 (sumber : Artikel)






Thursday 23 May 2013

Untuk Kamu....Kamu....Kamu.....yang Sedang Berchenta...


Bismillahirrahmanirrahim...............




..."Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"...

Mungkin ungkapan ini sesuai dengan situasi bagi mereka yang telah menemui seseorang atau mungkin bukan juga seseorang tetapi yang cukup istimewa untuk di jadikan sebagai peneman hidup di dunia mahupun akhirat..

Kalau kita lihat fenomena anak muda sekarang…ramai yang bercinta..tetepi sejauh mana mereka faham tentang istilah cinta itu sendiri..mungkin bagi mereka cinta itu dianggap sebagai satu kepuasan bagi diri mereka untuk melepaskan segalanya tanpa menghiraukan hukum hakam Allah SWT..

Mungkin juga sekarang ramai remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Ya tidak, bercinta memang tidak salah kerana ia adalah fitrah semulajadi yang Allah telah kurniakan kepada setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Tetapi mestilah disertakan dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan  oleh Allah SWT..

Bagi orang yang pernah bercinta dengan mengikut nafsu mungkin Allah SWT kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta mereka dengan menafikan peraturan Allah…dan ketika itulah fitrah telah menjadi fitnah….

“Jangan bercinta dengan seseorang perempuan/lelaki itu jika bukan berniat untuk mengahwininya”

Apa yang boleh faham di sini, cinta itu tidak salah jika berada pada landasannya…Hendaklah cinta kita itu berdasarkan kepada cinta Allah. Maksudnya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepadanNYA..


Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang sedang bercinta di harapkan  cintailah seseorang itu dengan niat untuk mengahwininya…jangan risau walau usia kita masih muda..mungkin ada yang merungut kami belum ada rumah,kereta,kerja? Masih belajar.…tetapi  ingatlah rezeki Allah ada dimana sahaja…jika kita melaksanakan hakNya..insyaAllah saya  yakin Allah akan permudahkan kita semua... selain itu,kita bebas mencintai sesiapa pun yang kita mahu, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah.. 


Akhir kata, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah…tetapi jika perempuan / lelaki itu bukanlah jodoh kita yang kita cintai selama ini..redha lah dengan ketentuanNya…mungkin Dia ingin memberikan orang yang lebih baik untuk kita….kita cuma merancang tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA..... wallahualam…                              " jadikan cinta itu membuatkan kita lebih mengingati Allah."                             " jadikan   Cinta itu membuatkan ibadah kita lebih banyak."

Wednesday 22 May 2013

Friday 6 July 2012

Kisah "Si OKU" yang Tabah...










Assalamualaikum semua sahabat-sahabat blog coretan hati..pembaca-pembaca yang dirahmati Allah,,,apa khabar kalian semua,,,,harap2 sihat la yer...selamat berhujung minggu and bercuti pada yang cuti hari ni...yanbg kena kerjer tu jangan sedih-sedih k,,,,semua dah breakfast ker??rohani kita dah bagi makan??jangan ingat jasamani jer sampai terlupa nak bagi makan pada rohani,,,,

"Si OKU" yang tabah...aiyyyoookk,,,,ni pasai pa lak ni??sapa dia yang penulis maksudkan tu.....penulis nak bergosip ker??sok sek sok sek...psssstttttttt,,,asssalamualaikum,,,helllo... you all,,,penulis tak bergosip la,,,,habis tu sapa grenagan yang penulis maksudkan tu???haa,,,,ni nak cerita ni,,,ni bukan gosip liar atau jinak artis ker orang famouse ker yer,,,cerita ni leh dijadikan tauladan kepada kita semua...

Ok...sebenarnya citer ni dah lama dah penulis nak cerita,,,tapi memandangkan sebelum ni kesuntukan waktu ipenulis postpone la dulu kisah ni....Cerita ni tak der lama sangat,,,baru jugak lagi,,,bulan lepas tak silap penulis,,,masa tu penulis dekat selangor...cerita ni kat salah sebuah stesen komuter dekat area bangi,,,masa tu penulis nak ker KL sebab ada urusan penting..ala2 urusan seri paduka baginda gitu..heheheh,,,,(poyo jer ayat) ....ermmm,,,kita skip ker cerita utama dia jer la ek...masa penulis tengah menunggu ketibaan komuter untuk ker KL ada la,,,seorang pemuda ni,,,student lagi,,,student kolej penulis dulu,,,Kolej apa??rahsia,,,ehhehe,,,,dia ni mengalami kecacatan fizikal pada kaki,,,,maknanya pemuda@ student ni tidak boleh berjalan seperti kita semua,,,,,kaki dia tidak berfungsi,...sebelum ni pun penulis ada terserempak dengan dia kat kolej dulu ,,,dia bergerak menggunakan kerusi roda,,,,kesian penulis tengok....tapi masa dekat stesen komuter tu dia tak menggunakan kerusi roda,,,,mungin sebab sukar untuk bergerak kot,,,yer la ...dia nak ke seremban..mesti kena tunggu seberang sana(arah bertentangan dgn penulis) ...nak ke seberang sana kena naiki tangga,,,,bagi sesiapa yang pernah ke stesen komuter bangi taw la macam mana ...so,,,susahla kan nak guna kerusi roda...ok...kita sambung semula cerita tu....Yang terharunya dan syukur ada sahabat-sahabat2 dia(2 orang) sudi tolong dia,,,,belikan tiket and papah dia untuk menaiki tangga,,,,agak  sukar la untuk papah..lastly 2 orang sahabat ni  ambil inisiatif untuk dukung dia,,,waaa...bagusnya mereka,,,sampai sanggup buat macam tu,,,,susah nak jumpa sahabat yang macam tu kan,,semua orang melihat dengan kagum...apapbila sampai di bahagian sepatutnya menungu untuk train ke seremban penulis sangkakan sahabat dia ni akan ikut serta,,,rupanya tidak...mereka hanaya menghantar je pemuda tersebut,,,,maka tinggal la pemuda tu sorang2 menunggu train...Tunggu hampir 15 minit train ke seremban pun sampai dan dia dengan susah payahnya bergerak sendiri untuk menaiki train tanpa bantuan sesiapa,,,ada jugakla dia cuba bangun and then terjatuh  beberapa kali,,,penulis rasa simpati dan geram tengok orang dalam train tu sorang pun tak bangun tolong angkat dia...Dengan tabahnya pemuda ni berusaha untuk bangun,,,dia tidak sesekali putus asa,,,walaupun jatuh dia bangun kembali,,,,alhamdulillah akhirnya dia berjaya menaiki train tersebut dan insyaALLAH mungin berjaya sampai ke destinasi dituju,lepas tu trian penulis lak sampai.....hehehehe


Mesti tertanya-tanya kan kenapa penulis bercerita mengenai pemuda ini....entahla,,,penulis sendiri pun tak pasti kenapa..tetapi bila melihat kegigihan dia,penulis terfikir,,,begitu besar kekuasaan ALLAH,,,walaupun dia cacat tapi dia mampu bergerak sendiri.. tu point pertama....yang kedua pulak,,sikap dia yang tidak terlalu bergantung pada orang lain,,,makananya dalam apa2 benda dia tidak mengharpa sangat pertolongan orang,,,dia lebih suka buat sendiri dan buktikan walaupun dia cacat dia mampu berdikari sedangkan kita ni yang sempurna kadang-kadang pun tak boleh dan tak nak untuk berdikari...yang ketiga semangat dia tidak pernah putus asa..walaupun jatuh beberapa kali tapi dia tak pernah putus asa dan akhirnya dia berjaya,,,tu patut ada dalam diri kita untuk berjaya,,,dan terakhir sekali,,,penulis kecewa dengan segelintir masyarakat kita yang ambil sikap hanya memandang jer kesusahan tersebut,,,,sikap macam ni TAK PATUT  di amalkan yer.... 

To sahabat pemuda tersebut,,,TAHNIAH!!!! anda telah men top up kan pahala anda pada petang hari yang barakah(hari jumaat tersebut)

###Ok la,,,sampai disini dulu penulis bercoret di coretan hati ni yer....dah pukul 10.30,,,penulis nak memiir apa yang nak dimasak tengah hari nanti###

Assalamualaikum,,,ilalliqa'


Thursday 5 July 2012

Kembali bercoret di " Coretan Hati"







Assalamualaikum wbt,,,semua pembaca coretan hati,,,peminat setia coretan hati,,,(cehh,,,perasan ada peminat tuu,,,) apa khabar semua,,,sehat ker??pembaca2 putriku sayang muslimah mujahidah islam macam mana dengan puasa ganti dah laksanakan ke belum??jika belum cepat2 yer bayor hutang kome tuu...yang putra2 agama juga jgn luper puasa sunat..dapat jugok top up pahala awok2 semua...ermmm,,,dah start membebel la plak "mak Cik" ni kan ,,,,sory2,,,,terlebih awal kalam pulak,,ok straight to the point jer senang,,,,haa,,,semua lihat tajuk tu,,,coretan hati dah kembali...kembali dari mana??pergi bertapa ke ??pergi bercuti ker??actually nak mintak maaf banyak2 pada semua pembaca coretan hati,follower2 yang tercari2 mana coretan hati menghilang(penulis dia la menghilang) ,,,penulis x pergi mana2 pun ..ada jer disini,,,,cumer lama dah tak pulang ke teratak coretan hati ni. dek kerana buzy mengalahkan perdana menteri,,,haaha,,,,,buzy lady la katakan,,,heheh,,,sebenarnya dah lama penulis  tak menjenguk coretan hati ni...last jenguk bulan 2 hari tu,,,,tu last entry penulis,,,,pas tu penulis terus menyepi ...bukan apa bnyak benda nak kena fikir..urusan kejer tak habeh2,,,,ni la dinamakan urusan dunia,,,tak pernah habis2,,,


Mesti korang semua nak taw kan napa penulis tiber2 coretan hati muncul malam ni kan..kan,,,kan..,..(macam suspen jerk,,,)citer dia cenggini,,,td penulis bukak la laman maya penulis tu...ala,,,,muka buku a.k.a FB,,,tak kan korang tak kenal FB,,,,tipula kalo tak kenal FB,,,heheh,,,masa penulis bukak tu penulis tengok di wall fb penulis ada adik ni,,,follower penulis jugak selalu taggedkan penulis entry2 baru dia,,,,waaaa,,,,terharu rasanya,,,,cam nak nangis,,,tp tak nangis pun.....terharu la,,and tengok belog dia buatkan penulis rindukan laman buruk penulis ni iaitu "CORETAN HATI"....penulis pun tergerak hati untuk melawat coretan hati...Bila masuk jer ker laman coretan hati ni...mak aiii,,,,napa lain jer belog ni,,,dah baru la,,,,jadi jakun sebentar ...jadi macam budak baru belajar belog..hahaa,,,maklumla ...4 bulan kot tinggalkan rumah ni....heheh,,,,belog berubah baru satu hal,,,,satu hal lain pulak "Coretan Hati" ni dah bersawang.,,,,bukan setakat bersawang tumbuh lalang-lalang lagi,,,,sadisnya hati bila melihatnya,,,huhuhuhuhu,....jadi,,,penulis pun slow2 mengemas,membersih,menyapu semula supaya laman coretan hati ni kembali ceria dan bersinar,,,,So,,,,,so,,,so,,,,mulai malam ni insyaallah penulis akan terus aktif dengan menulis di coretan hati...


to follower2,pembaca-pembaca coretan hati,,,,maaf yer wat kalian menunggu begitu lama entry baru,,,,entry ni kira entry pembukaan semula la belog ni,,,,sapa2 yang belum jadi follower jangan malu-malu jangan segan2 nak follow coretan hati yer,,,,kedatangan kalian disambut dengan senyuman dan ahlan wasahlan di ucapkan,,,  ,,,




ok la,,,,malam pun dah semakin gelap....mata pun semakin layu..menandakan minda penulis pun perlu rehat,,,,sampai disini saja dulu penulis merapu2 yer,,,,


psssssttt,.....jangan lupa baca doa sebelum tido,,,sweet dream....


ilalliqa'...assalamualaikum....

Tuesday 14 February 2012

JiKa PutUs CiNta ...Apa yang perlu dilakukan,,,,,,,,





Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.
Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.

TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever."
Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

Cinta bukan milik kita… Setiap perpisahan tidak sia-sia…(◕‿◕)
Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu.
Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: “..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri..”
Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata…


Sunday 12 February 2012

asbab musabab di haramkan menyambut hari "Valentine"





Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. 

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39


Nota kasih ===> Cinta itu akan jadi fitrah jika dialir kearah yang baik..dan akan jadi Fitnah jika dialir kearah yang hina...
===>  tak perlu la kita nak ikut budaya orang lain,,,x perlu nak bangga dengan apa yang orang buat,,,,