Saturday 30 July 2011

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan Kareem..

Assalamualaikum sahabat-sahabat...ermmm...sekejap jer rasenyerr...esok lusa dah nak puasa...bermakna esok malam kita semua akan menunaikan Solat terawih sebagai menyambut ketibaan bulan ramadhan...Solat terawih yang hanya dilakukan setahun sekali ajer...Alhamdulillah tahun ni penulis masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang mulia...Bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan ...bulan untuk beribadah...bulan di mana terdapatnyer malam 'lailatul qadar'.harapan penulis tahun ni agar dapat beribadah dengan sempurna ..dapat meningkatkan amalan penulis and dapat mentarbiyah penulis untuk menjalani kehidupan yang masih panjang...




To sahabat-sahabat semua: Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-mubarak...semoga ramadahan kali ni lebih bermakna pada anda semua dan dapat beribadah dengan sempurna,....jangan ponteng2 taw puasa and jangan lupa solat terawih..Andai ada silap dan salah maafkan penulis... =)

Wednesday 27 July 2011

denda RM 3000 Untuk Pemonteng Puasa...



(gambar sekadar hiasan:sikap segelintir umat islam yang tidak berpuasa dan menghina bulan ramadhan)

Lagi Beberapa hari ramadahan akan tiba...ini bermakna semua umat islam akan menjalani ibadah puasa...ermmm..tapi hakikat sebenar banyak yang ponteng puasa....ishhhkkk...tak malu ker kat bebudak kecik yang berpuasa penuh...sebut pasal ponteng puasa penulis teringat mengenai undang-undang baru terhadap pemonteng puasa...maklumat ni pun penulis dapat setelah membaca paper kosmo semalam,,,dengarnyerr denda telah di naikkan ker RM 3000 berbanding sebelum ni yang hanya RM500 ajer...ermmm...bagusla tu dah naik..baru sedar sikit saper2 yang tak pose tu...boleh la mereka yang ponteng tu fikir banyak kali sama ada nak berpuasa penuh...

Tapi denda sebegini hanya dikuatkuasakan di Negeri Pahang iaitu dibawah seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang ditangkap di atas kesalahan tidak berpuasa di bulan Ramadhan boleh didenda maksimum RM3000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

So...penulis harap negeri-negeri lain pun dapat mencontohi negeri pahang dalam usaha menanggani gejala ponteng puasa di bulan ramadhan di kalangan umat islam..



keratan akhbar kosmo

KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina
Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata,
mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat
Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda
maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali
kerana menghina Islam.

Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen
170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut
tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan
lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual
makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam.

Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan
didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali,
manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau
enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen
sama.-kosmo

Tuesday 26 July 2011

nikmat Buah-Buahan :)

Assalamualaikum seemua sahabat2 alam maya penulis...semua sihat???harap2nyer sihat la...entri penulis kali ni mengenai Nikmat Buah-Buahan....Actually penulis tak tahu nak menulis aper sebenornyer,,dah 2 puas memikior sambil makan buah-buahan datang ler idea ni....ermmmm...sekarang hujung bulan 7 dah...seperti biasa setiap tahun area bulan 6-7 ni musim buah-buahan...ehhh...buah2 tempatan yer.. aper onghang putih cakap 'local fruit'haaaa....gitu la...ader buah rambutan,manggis,langsat dan macam2 lagi...hmmmmm...buah derian pun jangan lupa...mesti ada punya...sapa tak kenal raja segala buah... :)



(gmbar sekadar hiasan)


Tapi sahabat-sahabat semua perasan tak yang nikmat buah-buahan tahun ni amat melimpah ruah..ker penulis jer yang terlebih perasan..ehheheheh...tak per la...rezeki dari Allah kan...nikmatilah dengan sepuasnyerr...Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah...Rumah penulis ni bukannyer ade sangat pokok buah-buahan ni,,,ade pun pokok rambutan...tu pun tak berbuah sebab mak penulis habaq pokok tu pokok jantan...uishhh...pokok pun ada jantan and betina....Walaupun tak der dusun atau Pokok seperti rambutan tapi family penulis dapat menikmatinyer seperti orang lain jugak...yer la...banyak orang memberi...jiran-jiran beri..sedara mara beri...kawan-kawan beri...Alhamdulillah...Terima Kasih kepada semua yang sudi memberi buah-buahan...

Bestt dapat menikmati buah-buahan tempatan ni,,,,yer la...setahun sekali jer kan dapat merasa..hahhah...paling penulis suka makan ialah rambutan...buah yang comel dengan rambut2nyer and sweet jer rasenyer....nyum nyum nyum.... =) makan buah ramai2 ngan adik beradik semua,mak ayah sambil bercerita kisah2 dahulu,,,masa makan ni la mak ayah selalu bercerita tentang kehidupan mereka pada waktu dahulu...mak penulis selalu berkata yang kami adik beradik begitu bertuah dapat menikmati buah-buahan dengan banyaknyer....sebab mak penulis bagitau masa zaman mereka begitu susah nak dapat makan seperti sekarang..huhuhuhu..insafnyerrr,,,,


(Rambutan yang comel lagi sweet)

Sekarang ni sepanjang jalan penulis lihat ade jer yang jual buah2 ni semua...ade yang jual ngan harga lebih murah..ade yang jual ngan harga mahal...sekali tengok macam pertandingan berniaga buah pulak...hahahhahahaha.....bukan tu jer...kenduri kesyukuran pun juadahnyer mesti melibatkan buah-buahan...seperti pulut derian.....hari-hari pulut derian...Alhamdulillah rezeki mak penulis cakap...


ok lah...penulis pun dah lost idea dah....len kali pulak ek kita bercerita...to sahabat2 selamat  menikmati rezeki buah-buahan tempatan yang begitu banyak sekali....Bersyukurlah diatas nikmat dan kurniaan Allah ni....Bye...Bye...

Cinta Sebelum Kahwin vs Cinta Selepas Kahwin...yang mana satu ok???

Cinta Sebelum kahwinVs Cinta selepas kahwin???sahabat2 semua jika diberi pilihan yang mana satu pilihan kalian??sebelum or selepas??ermmm...beberapa hari lepas ada salah seorang sahabat luar maya penulis bertanya mengenai perbezaan cinta sebelum kahwin/selepas kahwin...huhu...penulis ni bukan pakar cinta...so...kena la wat research dulu...dan sekarang penulis dah dapat  jawapan apa bezanya Cinta sebelum Kahwin/Selepas kahwin ni....sebelum penulis bagi jawapan kepada sahabat penulis..penulis ingin berkongsi dengan sahabat blog and alam maya terlebih dahulu....hehhehehe....jom kita baca and fahaminyer samer-samer.. =)


Cinta SEBELUM KAHWIN


Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup.
Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.

Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan.
Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri  berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan.

2.Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu.

4.Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

5.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

6.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.

7.solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.

8.Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

9.Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

10.Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.

11.Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.




Cinta SELEPAS KAHWIN




Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ayat-21 surah Ar-Rum,

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21).

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:


1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.


## so sahabat2 yang mana satu cinta pilihan anda???sebelum kahwin or selepas kahwin???Tepuk dada tanya sama hati... :)




(gambar-gambar sekadar hiasan yer :) )

Monday 25 July 2011

Mati itu Pasti...

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Pagi tadi masa penulis baru bangun tidur,,seorang sahabat penulis dan juga ex-roomate penulis menghantar mesej yang memaklumkan bahawa ayah kepada salah seorang sahabat penulis yang juga ex-roomate penulis iaitu telah kembali ke rahmatullah petang semalam...innalillahiwainnailaihirajiun...

Sayu dan tergamam ketika penulis membaca mesej tersebut...teringat bagaimana keadaan linda dan keluarganya menghadapi dugaan yang Allah beri kepada mereka saat ini tambahan pula disaat ramadahan hampir tiba...tidak dapat penulis bayangkan bagaimana jika penulis terpaksa menghadapinya,,,(sedih....).

Apabila teringat tentang kematian pasti semua orang akan insaf..begitu juga penulis...sesungguhnya MATI ITU PASTI..setiap yang hidup pasti akan merasai kematian...sama ada pada usia muda atau tua...lambat atau cepat...



To Linda dan keluarga: salam takziah diucapkan...semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 beriman...sabar lah dengan dugaan ini...Allah tahu apa yang terbaik untuk linda dan keluarga...Sabar itu indah linda...salam takziah...Alfatihah...

sanah helwah ukhti....25/7/1993-25/7/2011(18 tahun)

Hari ni 25/7/2011 bersamaan 24 syaaban 1432 hijrah..Apa ada dengan 25 julai ni???sebenarnyerr hari ni hari ulang tahun kelahiran adik penulis yang ke 18 tahun..dah tua dah..hehhehehe...jangan marah yer nisa =)..oppps ya...lupa nak mention nama adik penulis ni...nama gadis yang cantik and ayu ni ialah NUR HANISAH..(jgn perasaan sgt noo nisah oiii...)hahahha...orang panggil dia nisa jer...Nisa ni adik penulis yang number 2...


To my dearest sister Nur Hanisah:Sanah helwah ya ukhti...semoga kamu menjadi mujahidah pejuang agama..wanita solehah...muslimah sejati persis bidadari syurga...semoga berjaya didunia and akhirat...semoga Allah memberkati kamu...semoga dimurahkan rezeki..ditingkatkan iman and amal..di panjangkan umur untuk terus bersujud pada yang maha Esa...Ameenn..

****ni sebahagian pic nisa my ukhti..****





Lagiiiiiiii......


Sunday 24 July 2011

TiK tok TiK tok....Menanti KeDatanGannya.. =)

Assalamualaikum semua sahabat2...

ermmm... Sedar tak sedar..pejam celik...celik pejam...hari ni dah 23 syaaban 1432 hijrah...sekejap jer rasenyer...maknanya lebih kurang seminggu jer lagi akan tiba kedatangan tetamu istimewa...tetamu yang ditunggu-tunggu oleh semua Umat islam termasukla penulis... :)haaaa!!!sape ek???hihihihi..mestila kedatangan Ramadhan Al-Mubarak...eh..eh..bukan mohd ramadhan ek...bulan ramadhan...

Alhamdulillah...syukur penulis panjatkan pada yang maha esa kerna masih memberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini..kedatangan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni penulis akan sambut bersama keluarga di kampung...di Jitra ..Kedah negeriku yang Aman..hheheheh...nak bangga sat dengan negeqi cek ni...Al-maklumla dah lama tak sambut ramadhan di kampung...sebelum ni penulis sambut bersama kenkawan di kolej jer..huhuhu..sedih tapi bestttt...


okey lah..setakat ni jer dulu penulis nak merapu ek...jumpa lagi di lain waktu..insyaallah.. :)




Sunday 17 July 2011

tahniah Sahabat!!!!!

Assalamualaikum...selamat pagi isnin semua and salam 16 syaaban 1432hijrah,,,,penulis hope semuanya sihat2 belaka...yang tak sihat tu cepat pergi klinik ok...penulis tak tau nak menulis apa ari ni..tapi penulis nak ucap tahniah kepada sahabat2 yang dah check upu n dapat continue study kat IPTA...pada yang belum dapat jangan give up,berusaha lagi...masih ada peluang untuk kalian...Allah telah merancang yang terbaik untuk kalian...yakinlan dengan ketentuan Allah s.w.t...  =)Peace!!!!!

                                                             


## tahniah pada Nur Afiqah Yuki yang dapat continue USM and my sister Nor Aleya yang dapat
     continue degree kat UKM course biokimia... pada sahabat2 yang laen tahniah juga penulis ucapkan
     :)

Thursday 7 July 2011

makanan dan khasiatnya menurut islam...

Antara jenis2 makanan dan khasiatnya menurut islam..



Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)

Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California

Wednesday 6 July 2011

Apa itu Cinta...

 




CINTA...rasa CINTA..jatuh CINTA...ayat2 CINTA...tahajjud CINTA...semuanyerr berkaitan dengan CINTA,,,tapi apakah maksud disebalik cinta itu???Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.
Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti membunuh,bunuh diri dan sebagainya...nauzubillah...

Ya Allah
Ketika aku menyukai seorang tmn, tlng ingatkanlah aku bhwa di dunia ini tak akn prnah ada sesuatu yg abadi.
Sehngga ketika se2orang meninggalknku, aku akn tetap kuat & tegar kerna aku bersama Yang Tak Pernah Berakhir, yaitu cinta-Mu Ya Allah.....




Tuesday 5 July 2011

bila Nak kAwin?

Pernah tak dalam hidup kalian , berfikir tentang 'Cinta'? Rasanya seperti mustahil jika ada antara kalian terutama mereka yang sedang berada dalam zaman keremajaan menjawab 'Tidak Pernah' berfikir tentang soal kahwin ini.
Lebih-lebih lagi kita sekarang ini berada di dalam dunia yang penuh dengan arus kemodenan dan selalu disogokkan dengan adegan-adegan yang mendorong kita untuk turut menceburkan diri dalam arus percintaan, kisah-kisah cinta yang dikatakan sejati dan kekal abadi ini bukan sahaja dipaparkan di dalam televisyen semata mata malah turut dihidangkan di dalam media cetak yang menerbitkan berpuluh-puluh karya ber 'genre' percintaan setiap bulan.
Lalu tidak hairanlah sekiranya anak-anak remaja masa kini lebih menyayangi kekasih masing-masing berbanding keluarga. Maka kedengaranlah berita-berita yang menyedihkan membabitkan anak gadis lari bersama kekasih ke Lombok, ke negeri lain dan sebagainya. Astagfirullahalazim..
Saya bukan sesiapa, saya seorang gadis biasa, yang cuba untuk berjalan di bumi Allah dalam langkah yang padu agar dapat menuju kasih-Nya yang abadi. Saya sama seperti kebanyakan anda semua yang masih belajar dan belajar nilai kehidupan dan cuba belajar untuk menjadi matang. Mungkin ramai antara saudara dan saudari yang sama macam saya, masih menunggu dan khuatir tentang cinta dan jodoh. Dengan siapa aku akan berkahwin? Ada ke lelaki yang benar-benar mencintai aku? Kalau tak jumpa jodoh lepas umur 30 tahun macam mana? Risaunya...
Mungkin itu adalah antara contoh soalan yang kerap berlegar-legar di dalam minda anda yang masih belum jelas tentang jodoh. Bagi yang sudah berumah tangga, alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T yang telah menemukan cinta dan kasih sayang kepada kalian. Semoga rumah tangga anda semua dilimpahi rahmat dan kasih-Nya. Selain itu mungkin ada juga antara gadis-gadis diluar sana yang kerap bertanya sendiri sebegini:
Gadis 'Pemalu' A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.
Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.
Gadis Teringin C: 'Jealous'lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat 'assignmen't pon sama-sama. Tapi aku?
Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.
Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.
Malah ada juga yang mungkin berfikiran:
"Aku tak nak kahwinlah.. mak cik aku okey jer tak kahwin." Nauzubillah...
Apa pendapat anda semua? Saya pasti ada antara kita pernah berfikiran begini. Malah mungkin ramai yang terfikir tentang hal ini walaupun masih di tahun satu atau tahun kedua di IPTA atau IPTS.
Malang nya kita jika menganggap jodoh dan cinta itu hanya urusan antara kita dan hati kita sahaja. Kita mudah terlupa dalam hati itu masih ada pemilik hati yang Maha Hebat ialah Allah SWT dan kita juga terlupa dalam cinta itu masih ada pemilik cinta yang Maha Agung iaitu Allah SWT.
Oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah tanpa jemu dan putus asa. Jika anda rasa sangat sukar untuk menemui jodoh yang anda inginkan mintalah kepada Allah kerana seorang hamba Allah tidak akan mudah berputus asa kecuali orang-orang yang tidak beriman. Berusaha dalam mencari jodoh tidak bermakna menulis surat-surat cinta palsu atau bergaul bebas antara lelaki dan perempuan . Seandainya sebelum ini kita pernah melakukan dosa dengan berdua-duaan dengan pasangan kita, pastikah kita, bahawa kita akan hidup sampai ke tua dan mampu bertaubat dan menginsafi segala dosa-dosa kita dengan pasangan yang tidak halal bagi kita?
Pembaca-pembaca sekelian, soal hati dan jodoh bukanlah benda yang senang. Bukan hak kita menentukan siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima kehadiran mana-mana sahaja kaum adam atau kaum hawa tanpa menilai agama dan budi pekerti terlebih dahulu. Jangan biarkan sehingga nasi menjadi bubur. Lihatlah, berapa ramai yang berkahwin semata-mata kerana nafsu dan akhirnya tersungkur sebelum sampai kepintu syurga? Inginkah kita menjadi pasangan yang bercerai berai dan bergaduhan selepas beberapa lama berkahwin? Yakinlah, kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan ialah apabila mengingati Allah dan mendapat keredhaannya.
Ketahuilah dan yakinlah bahawa perempuan yang baik akan bersama dengan lelaki yang juga baik begitu juga sebaliknya.
Terdapat empat perkara yang memberikan kebahagian kepada manusia berdasarkan hadis sahih riwayat Ibnu Hibban-:
1.      Isteri yang solehah
2.      Rumah yang selesa
3.      Kenderaan yang baik
4.      Jiran tetangga yang baik.
Jika dilihat, salah satu kebahagian manusia ialah Isteri yang solehah. Fikirkanlah betapa beruntungnya wanita-wanita diluar sana kerana telah dilahirkan sebagai wanita dan menjadi salah satu punca kebahagian manusia.
Akhir kata, selamat bermujahadah dalam kehidupan..insyaAllah  jodoh pasti tiba di muka pintu dengan bantuan Allah. Jagalah dirimu laksana hadiah.. masih dilitupi pembalut akhlak dan iman, bukan laksana bunga yang layu menyembah bumi. Wallahualam..

sumber:http//:www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta.

Monday 4 July 2011

~Adab Berpakaian menurut Islam~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Apa khabar sahabat2 yang dirahmati Allah semua...harap2 semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik semuanya...Entri kali ni penulis ingin berkongsi mengenai adab dan hukum berpakaian menurut islam...ermmmm...sekarang ni banyak fesyen2 yang dikatakan fesyen muslimah wujud dalam dunia "kefesyenan"...Tapi adakah fesyen2 tersebut menepati 100% kehendak syarak ????kadang2 design pakaian tu ok tapi warnanya x ok seperti warna yang terlalu menyerlah..dan kadang2 juga jarang sehingga menampakkan susuk tubuh badan si pemakai..Nauzubillah...Islam tidak melarang umatnya berfesyen dengan menetapkan beberapa garis panduan yang harus diikuti.Ini kerana berpakaian adalah salah satu nikmat yang dianugrahkan oleh Allah s.w.t.

 Firman Allah s.w.t dalam al-quran bermaksud:

”Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan
pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya)
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (al-A’raf:26).

Bentuk pakaian muslimah
1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan dua tapak
tangan (depan dan belakang).
2. Pakaian hendaklah luas, tidak ketat atau
sempit
3. Pakaian mestilah tebal, tidak nipis atau jarang
4. Bukan pakaian
syuhrah
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki




*Maksud pakaian syuhrah ialah pakaian yang membezakan si pemakai dari manusia
  lain dari segi warna, bentuk dan coraknya. Dengan sabab itu semua mata tertumpu
  kepadanya lalu timbul perasaan bangga dan megah di dalam hatinya.
  Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang
  memakaipakaian syuhrah, Allah pakaikannya pakaian seumpama itu di hari qiamat, kemudian ia disambar api neraka."

 Riwayat Abu Daud di dalam Sunannya.
Di dalam Hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah, baginda bersabda
maksudnya: ”Sesiapa yang memaki pakaian syuhrah, Allah membelakanginya sehingga
dia menanggalkannya”.

Pakaian syuhrah tidak semestinya yang mahal dan bermutu tinggi. Ia boleh jadi
yang murah dan tidak bernilai. Ibn Taimiyyah berkata: ”Pakaian syuhrah yang
dilarang ialah yang terlalu mahal mengatasi kebiasaan orang ramai dan yang
terlalu murah atau terlalu teruk berbanding kebiasaan orang ramai. Sesungguhnya
orang-orang salaf tidak suka kepada dua syuhrah, iaitu yang terlalu tinggi dan
yang terlalu hina. Baliau menyebut sepotong Hadis yang bermaksud: ”Sesiapa yang
memakai pakaian syuhrah, Allah akan pakaikannya pakaian yang menghina.
Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”.

Termasuk pakaian syuhrah juga ialah sengaja beriltizam dengan pakaian tertentu
sepanjang waktu supaya dikenali ramai dengan cara itu. Ibn al-Qayyim
menceritakan, pada suatu hari seorang lelaki bertemu dengan Ibn Sirin. Lelaki
tersebut memakai baju daripada bulu, kain daripada bulu dan serban daripada
bulu. Ibn Sirin tidak senang melihatnya. Maka dia berkata: “Ramai orang memakai
pakaian yang dibuat daripada bulu. Mereka menyangka itulah pakain terbaik dan ia
dipakai oleh Isa bin Maryam. Sesungguhnya seseorang yang aku percayai telah
menceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW memakai pakaian daripada kattan (sejenis
tumbuhan), bulu dan kapas. Sunnah Nabi kita itulah yang wajar diikuti.

.
##sumber : buku al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah, Dr. Abdul Karim zaidan jilid 3.