Saturday 24 December 2011

wangian Kasih Nurul Iman... (bahagian 3)



Lagu sahabat dendangan Amar di Radio ikim.fm membawa Nurul Iman melayari kembali zaman persekolahannya. Dia begitu merindui sahabat-sahabatnya ketika mereka sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Maahad Ahmadi satu ketika dahulu. Saat itu muncul wajah Aishah, Suriana, dan Adziah di benak fikirannya. Kebenaran kata-kata Indahnya berukhuwah kerana Allah.. dirasakan kini oleh Nurul Iman. Kemanisan itu akan disimpan menjadi memori terindah dalam kamus hidupnya. Walaupun sebenarnya ukhuwah itu adalah sesuatu yang sukar ditafsir, namun kata-kata Saidina Ali dipegangnya. 
katanya selemah-lemah manusia ialah oranr yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicarinya.Nurul Iman berasa bersyukur

walaupun telah lama meninggalkan zaman persekolahannya namun ukhuwahnya antara Aishah, Suriana dan Adziah masih kekal sehingga kini. Walaupun tidak selalu bertemu mata, namun cukuplah sekadar sms dan emel pengganti diri bertanyakan khabar sesama mereka.

Allahu akbar... Allahu Akbar...

Laungan azan Isyak mematikan lamunan Nurul Iman. Astaghfirullah hal azim, istighfar Nurul Iman dalam hatinya. Dia lantas bangun dan duduk diatas kerusi kerana dia tidak mahu kelak mayatnya berat jika dia berbaring ketika laungan azan berkumandang. Selesai sahaja azan, dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hari ini dia tidak ke surau sekolah kerana kerja pembaikpulihan surau sedang berjalan. Para pelajar cuma bersolat di dorm masing-masing buat sementara waktu. Selesai solat Nurul Iman lantas mencapai surah Yassin untuk dibaca, sejak akhir-akhir ini dia terlalu sibuk sehingga meninggalkan rutin hariannya membaca surah yassin. Tambahan pula sekolahnya sedang sibuk membuat persiapan kerana menjadi tuan rumah bagi acara sukan diantara seluruh sekolah agama sekitar Sabah. Sudah menjadi rutin setiap tahun sekolah-sekolah agama sekitar Sabah akan mengadakan acara sukan diantara mereka selama 2 hari. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara padang, pertandingan nasyid, acara ilmiah seperti kuiz agama, tulisan khat dan sebagainya. Nurul Iman terlibat dalam menguruskan penginapan pelajar perempuan dan juga hadiah. Mujur beberapa pelajar perempuan membantunya jadi beban tekanan dapat dikurangkan.

“Assalamualaikum. ... “ Kedengaran orang memberi salam dari luar. Namun Nurul Iman tetap meneruskan bacaannya, dia tahu diluar sana adalah rakan sebiliknya iaitu Shifwah yang baru sahaja pulang. Kedengaran bunyi orang membuka pintu. Shifwah mendengar suara Nurul Iman sedang membaca surah yassin, lantas dia duduk seketika di ruang depan untuk merehatkan dirinya sebelum masuk ke bilik.Selesai membaca surah yassin, dia melipat sejadah dan telekungnya dan digantung didalam almari. Selepas itu dia keluar di ruang tamu untuk melihat sahabatnya itu.

 “Lambat balik hari ni, tak habis lagi mesyuarat tu?” sapa Nurul Iman lembut.
  “Huhuhuhu.... penat tau hari ni. Hampir nak siap, cuma tinggal senarai hakim je lagi.” balas Shifwah.

“Jap yea, nanti kita sambung balik, kita nak mandi dulu lepas tu nak solat, “ tambah Shifwah lagi.

Shifwah bangun dari tempat duduknya dan menuju ke bilik. Nurul Iman menemani Shifwah dengan pandangan matanya sahaja. Dia membiarkan sahabatnya itu menunaikan tanggungjawab dan amanahnya kepada Rabbul Jalil terlebih dahulu sebelum mereka boleh berbual panjang. Nurul Iman menuju ke meja tulis yang terletak di ruang tamu. Disitulah dia dan Shifwah akan melakukan kerja mereka seperti menanda buku nota dan sebagainya. Di atas meja Nurul Iman tersusun rapi buku nota Pendidikan Islam milik pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina yang ingin ditandanya. Di tepi mejanya ada sebuah radio kecil. Dia menekan butang yang bertanda ondan ianya terbuka. Kedengaran suara Ustaz Irwan dj bagi Radio ikim.fm ke udara. Memang itulah siaran radio kegemaran Nurul Iman. Dia tidak pernah menukar ke siaran radio yang lain, mujur Shifwah jugak mempunyai citarasa sepertinya. Jadi, tidak ada masalah untuknya mendengar siaran radio tersebut setiap hari di bilik mereka.

Nurul Iman mula menyemak dan menanda nota pelajarnya. Setelah solat Shifwah ke ruang tamu melihat Nurul Iman. Namun selepas itu dia meminta izin untuk masuk tidur dahulu kerana dia merasa begitu penat sekali. Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kembali menyambung menandakan Buku Nota pelajarnya. Jam sudah menujukkan jam 11.30 malam. Radio ikim.fm masih lagi keudara. Kadang-kadang Nurul Iman tersenyum sendiri mendengar coloteh Ustaz Irwan yang menghiburkan hatinya. Keesokkannya, ramai guru yang tiada dan meyebabkan Nurul Iman dan guru yang ada terpaksa menggantikan guru yang tiada. Nurul Iman sahaja mendapat 4 kelas untuk diganti pada hari ini. Namun dia sedikit pun tidak merungut. Semasa menanda buku guru ganti di pejabat tadi dia ditegur Ustaz Suhaimi yang selalu menyakatnya.

“Uishh.... dapat 4 kelas ganti pun senyum lagi Ustazah, hebat betul Ustazah ni, “ sapa Ustaz Suhaimi dari belakang.

Nurul Iman yang tidak menyedari kehadiran Ustaz Suhaimi hampir melepaskan buku yang sedang ditandatanganinya. Dia amat terkejut mendengar suara Ustaz Suhaimi dari arah belakang.

“Maafkan saya, terkejut pulak yea? Kussss semangat, “ kata Ustaz Suhaimi sambil tergelak.

Nurul Iman mengurut dadanya, namun dia tetap tersenyum. Dia tahu Ustaz Suhaimi tidak berniat hendak mengejutkannya. Dia tidak membalas gurauan Ustaz Suhaimi tersebut. Dia cuma tersenyum sahaja sambil meminta izin untuk keluar dari pejabat tersebut. Ustaz Suhaimi hanya menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Didalam hatinya dia kagum dengan sifat pemalu yang dimiliki oleh Nurul Iman. Cuma tinggal satu hari sahaja lagi acara sukan akan bermula.Bagi pelajar yang tidak terlibat mereka akan dibenarkan pulang pada hari jumaat nanti. Ini kerana asrama akan digunakan bagi penginapan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Cuma separuh pelajar sahaja yang tinggal iaitu peserta, ajk dan beberapa orang penyokong sekolah.

Petang itu mereka menunggu ketibaan pelajar dari sekolah agama yang lain. Seramai 12 buah sekolah Agama sekitar negeri sembilan sahaja yang akan terlibat dalam pertandingan sukan kali ini. Petang itu Nurul Imanlah yang agak sibuk kerana beliau yang menguruskan ketibaan pelajar dan mengambil kedatangan mereka serta menguruskan penginapan bagi pelajar perempuan manakala Ustaz Safwan pula menguruskan penginapan bagi pelajar Lelaki. Mujur mereka dibantu oleh beberapa orang ajk yang terlibat dalam acara tersebut.

“Assalamualaikum... “sapa Shifwah dari belakang?.

Nurul Iman terkejut kerana tiba-tiba sahaja Shifwah memeluknya dari belakang. Tanpa semena-mena Shifwah menerima satu cubitan kasih sayang daripada Nurul Iman.

”Aduh ! sakitlah kak,” adu Shifwah.
“Padan muka,. terkejut akak, kalau akak ada lemah jantung mesti akak dah jadi arwah tau,” marah Nurul Iman sambil tersenyum.

“Ye ke? Iman ada lemah jantung, biar betul awak ni Iman. Muda-muda lagi dah kena serangan sakit jantung, “ sampuk Ustaz Amir tiba-tiba.

Nurul Iman merasa malu yang amat sangat, dia tidak menyangka yang Ustaz Amir mendengar perbualannya dengan Shifwah. Nurul Iman cepat-cepat berdiri dibelakang Shifwah sambil memandang kebawah. Shifwah yang memahami akan perangai Nurul Iman bertindak menjawab bagi pihak Nurul Iman.

“Alah dia bergurau je dengan saya Ustaz Amir. Kak Nurul ni sihat lagi. Saja dia berseloroh dengan saya tadi, “ balas Shifwah sambil tersenyum.

Ustaz Amir hanya tersenyum mendengar jawapan dari Shifwah. Dia juga hanya sekadar bergurau. Ustaz Amir kemudiannya mengajak Shifwah ke meja yang lain kerana ingin membuat sedikit perbincangan berkenaan juri yang bakal menghakimi dalam pertandingan yang dipertandingkan esok. Sekitar jam 7.00 barulah semuanya selesai. Peserta dibenarkan membersihkan diri sebelum turun ke surau untuk solat Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati makan malam. Selepas solat Isyak semua peserta berkumpul didewan sekolah untuk taklimat bagi acara pagi esok. Hampir jam 12 barulah Nurul Iman dan Shifwah pulang ke bilik mereka.


 “Kak, harap semuanya akan berjalan dengan lancar kan, “ bicara Shifwah tiba-tiba.

 “InsyaALLAH.., “balas Nurul Iman sebaik sahaja mereka telah masuk ke dalam bilik.
 
“Yea...InsyaALLAH ammeeennn,” balas Shifwah pendek.

Selepas itu kedua-duanya terus merebahkan badan kekatil masing-masing. Jika selalunya mereka akan berborak dahulu sebelum tidur tapi hari itu mereka tidak sempat hendak bersuara kerana penat telah membuatkan mereka membatu sehinggalah di pagi hari. Keesokkannya semua guru dan ajk yang bertugas memainkan peranan masing-masing. Nurul Iman jugak tidak kurang sibuknya. Walaupun begitu dia sentiasa tersenyum dalam melakukan tugasnya. Tapi untuk sesi malam nanti dia agak gugup sedikit kerana dia akan bergandingan dengan Ustaz Safwan dalam menguruskan acara nasyid. Dia dan Ustaz Safwan akan menjadi urusetia bagi pertandingan nasyid malam nanti. Nurul Iman terpaksa menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah yang terpaksa pulang kerana anaknya dimasukkan ke Hospital akibat terkena demam panas. Jadual penggantian itu diberikan oleh Shifwah sebentar tadi. Namun dia terpaksa menerima tanggungjawab tersebut. Shifwah begitu mengharapkan dirinya agar dapat menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah. Teringat dia bagaimana susahnya Shifwah untuk memberitahu akan hal itu sebentar tadi.

”Kak Nurul.. malam nanti akak takde terlibat dengan apa-apa acara lagi kan?, “ tanya Shifwah.

“Mmmm... rasanya takde. Kenapa?, “ tanya Nurul Iman kembali.

“Boleh tak kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah jadi urusetia malam ni untuk pertandingan nasyid, sebab anak dia dimasukkan ke Hospital, jadi dia terpaksa pulang untuk menjaga anak dia tu, “ terang Shifwah panjang lebar.

“Ya ALLAH, ye ke? Kesiannya Ustazah Siti Aminah. Baiklah Kak Nurul gantikan, “ balas Nurul Iman sambil tersenyum.

"Tapi kak.., " kata Shifwah tanpa dapat meneruskan kata-katanya itu.

“Tapi kenapa? Takpe kak Nurul boleh buat,” balas Nurul Iman kembali dengan senyuman?.

" Tapi... Kak Nurul kena bergandingan dengan Ustaz Safwan. Errr. ...Takpe ke?” kata Shifwah kembali.

Nurul Iman terkejut. Dia sengaja memilih untuk tidak bergandingan dengan mana-mana guru lelaki. Sebab itu dia sengaja memilih untuk mengambil tugas mengendalikan bahagian hadiah kerana bahagian hadiah cuma akan melibatkan guru perempuan sahaja. Shifwah yang melihat Nurul Iman tidak bersuara menyambung semula perbualan mereka.
"Maafkan kita ye kak Nurul. Kita tahu kak Nurul tak suka tapi dah takde pilihan lain, "rayu Shifwah kepada Nurul Iman sambil menggenggam erat tangan Nurul Iman.

Nurul Iman yang pada mulanya agak terkejut dengan berita penukaran itu cuma tersenyum tawar. Lama Nurul Iman terdiam. Hampir lima minit barulah dia bersuara semula. 
"Takpelah, Shifwah tak salah. Baiklah kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah, " .balas Nurul Iman tenang.



***to be continued next episod *** heheheh..


No comments:

Post a Comment