Wednesday 4 January 2012

wangian Kasih Nurul Iman... (bahagian 5)

Bahagian 5 




Dari jauh Ustaz Safwan memerhatikan sesusuk tubuh di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Dia mengekori gadis di hadapannya dalam jarak yang jauh. Dia yakin itu adalah Nurul Iman. Namun Nurul Iman dihadapnnya itu sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki itu lengkap berjubah putih dan bersongkok. Dia yakin itu suami Nurul Iman seperti yang diberitahu oleh Shifwah kepadanya. Langkahnya terhenti apabila Nurul Iman berhenti dan meningalkan lelaki yang berjubah putih itu di satu tempat duduk. Sementara Nurul Iman meneruskan perjalanannya ke hadapan. Langkah Ustaz Safwan diatur kemas untuk mengekori semula Nurul Iman. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.

“Muhammad Safwan Haris”.... panggil suara itu.
Ustaz Safwan menoleh. Dihadapannya adalah lelaki berjubah putih tadi. Tidak disangka itu adalah Hafiz, sahabat sewaktu mereka menuntut di Cairo dahulu. Mereka berpelukan.
“Ya Allah, Izayyak?  (Apa Khabar)”  kata Hafiz.

Ustaz Safwan yang masih terkedu, Cuma hanya tersenyum tawar. Tidak dia sangka Hafiz adalah suami Nurul Iman. Hafiz menarik tangan Ustaz Safwan untuk duduk di kerusi yang disediakan itu.

“Buat apa kat Hospital ni? Siapa yang sakit? “  sambung Hafiz lagi.
“Mak saudara aku. Dia kena kencing manis, tapi Alhamdulillah, dah boleh pulang esok.. Kau pulak ? “ laju Ustaz Safwan ingin tahu?.
“Hantar adik aku ambil ubat “  balasnya pendek?.
“Adik?? Nurul Iman tu adik kau? “  kata ustaz Safwan ingin tahu.
“Mana kau tahu nama adik aku? “ balas Hafiz hairan.
“Jadi Nurul Iman belum kahwin lagi? Betul kan Nurul Iman tak kahwin lagi?” tanya Ustaz Safwan bertalu-talu sambil memegang bahu Hafiz.
“Apa kau cakap ni? Mana kau kenal adik aku, balas Hafiz dengan hairan. “ Sambil cuba meleraikan tangan Ustaz Safwan dari bahunya.

Ustaz Safwan Beristighfar.. Dia menarik nafas sedalamnya.

“Maafkan aku Hafiz. Nurul Iman seorang Ustazah betul? Dia mengajar di Sabah kan? Jika benar Kami mengajar di Sekolah yang sama Hafiz. Tapi betul kan adik kau tak kahwin lagi?” kata Ustaz Safwan dengan tenang.
“Ya Allah, ye ke?, Bila pulak adik aku kahwin? Dia tak kahwin lagi lah “ balasnya sambil ketawa.
“Alhamdulillah”  ucap Ustaz Safwan perlahan.
“Apa yang Alhamdulillah. Kau pun ambik cuti ke? Kan sekolah dah mula?” aju Hafiz.
“Aku dah berhenti jadi guru. Aku dah jadi pensyarah kat UIA sekarang, “ balasnya.

Ustaz Safwan mula menceritakan kisahnya dengan Nurul Iman kepada Hafiz dari awal hingga akhir. Hafiz Cuma mendengar dengan tenang cerita sahabatnya itu.

“Boleh aku lamar dia Hafiz? “ kata Ustaz Safwan setelah mereka berdua terdiam sejenak.
“Tidak Wan. Aku tak benarkan. Maafkan aku”  balas Hafiz.
“Tapi kenapa? Apa kurangnya aku?” aju Ustaz Safwan.
“Takde kurangnya. Kau sahabat aku yang baik. Memang kau layak untuk adik aku, Cuma adik aku sakit Wan. Nurul Iman sakit”.. balas Hafiz perlahan.
“Maksud kau?” tanya Ustaz Safwan kehairanan.

Hafiz membisu

“Apa maksud kau Hafiz?” tanya Ustaz Safwan lagi.
“Dia ada Barah Otak. Hidupnya tak lama, balas Hafiz perlahan.” Ada getar dalam suaranya.
Ustaz Safwan terkedu. Dia bersandar pada kerusi. Air matanya jatuh.
“Maafkan aku Wan”  kata Hafiz sambil memegang bahu sahabatnya itu.

Lama keduanya membisu. Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Satu message diterimanya dari Nurul Iman.

“Assalamualaikum. Abang long, Nurul dah selesai. Nurul tunggu abang long di kereta yea. Nurul nampak abang long berbual dengan kawan tadi. Nurul segan nak datang dekat abang. Nurul dah ada dekat kereta. Maaf andai Nurul ganggu abang long dan kawan berbual.”

Hafiz menutup telefon bimbitnya.

“Wan, aku mintak diri dulu. Nurul dah tunggu aku dekat kereta. Maafkan aku yea,” kata Hafiz perlahan.

Mereka kemudiannya bersalaman. Belum sampai 5 langkah Ustaz Safwan memanggilnya.

“Fiz, rahsiakan pertemuan kita dengan Nurul yea? Lagi satu boleh aku mintak nombor telefon kau?” tanya  Ustaz Safwan.

Hafiz mengangguk kecil. Setelah bertukar nombor telefon mereka berpisah dengan haluan masing-masing.

shifwah berlari-lari anak mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja studynya. Perlahan peti inbox messagenya dibuka.

Kau pendusta Shifwah. Tergamak kau menipu. Kau mengkhianati sahabatmu sendiri. Apa salah Nurul Iman pada kau?

Shifwah terkesima dengan message Ustaz Safwan yang baru diterimanya. Adakah dia sudah tahu segala penipuannya. Hatinya gelabah. Dia tidak mahu kehilangan Ustaz Safwan. Tangganya lantas menaip untuk membalas message dari Ustaz Safwan.

“Assalamualaikum Ustaz.. Kenapa ni Ustaz? Apa maksud Ustaz mengatakan saya begitu. Apa yang telah saya buat?”.

Menyedari dirinya membuat tuduhan melulu, Ustaz Safwan beristighfar. Tidak lama selepas itu dia membalas mesej dari Shifwah.

“Waalaikumussalam.. Maafkan saya sebab berkasar. Saya jumpa Nurul Iman di Hospital hari ni. Kebetulan dia bersama abang kandungnya yang merupakan kawan saya semasa kami belajar dulu. Menurut abangnya Nurul Iman belum berkahwin lagi. Kenapa awak tak beritahu saya yang Nurul Iman ada Barah Otak? atau Nurul Imankah yang suruh awak menipu saya dengan menyatakan dia bakal berkahwin semata-mata ingin menyuruh saya berputus asa terhadapnya.”

Shifwah terkejut dengan berita yang baru diterimanya itu. Dia lantas menyelongkar laci meja milik Nurul Iman. Dia mencari sesuatu. Akhirnya dia berjumpa diari merah jambu milik Nurul Iman. Seingatnya, Nurul Iman hampir mahu menangis apabila dia pernah mengugut Nurul Iman yang dia akan membaca diari milik Nurul Iman. Tapi setelah melihat Nurul Iman menangis dia berjanji tidak akan melakukannya kerana niatnya hanya mahu bergurau. Tahulah dia kini rupanya di dalam diari itu tersimpan rahsia besar Nurul Iman. Perlahan diari yang bewarna merah jambu itu diselaknya. Satu-persatu helaian laman diari itu disemaknya. Tiba-tiba tangannya berhenti pada satu tarikh.

7 March 2009: Dugaan Allah buat diri ini. Doktor sahkan saya mengidap Barah Otak. Ya Allah, Hamba mengerti ujian ini telah diaturkan buat diri ini sepertimana dalam firmanMU dalam surah Al-Hadid, ayat 22:
“Tiada Satu pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”


Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagi dirimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata: ?Jikalau aku melakukan begini, tentu akan begini dan begitu? tetapi katakanlah: ?Apa yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi.”

Tabahkan hati ini Ya Allah.....

Shifwah menutup diari milik Nurul Iman. Hatinya bagai disentak. Dia merasa begitu terhina kerana memperlakukan Nurul Iman sebegitu. Betapa dia hanyut dengan cinta manusia dan mementingkan dirinya sendiri. Message dari Ustaz Safwan lansung tidak diendahkannya. Hati dan fikirannya kini cuma tertumpu pada satu nama iaitu ?Nurul Iman?. Dadanya terasa sebak. Matanya kian kabur.Hampir pukul 3, dia terjaga. Shifwah bangun, hajatnya cuma satu mahu dirikan Qiamulail. Dia berharap taubatnya diterima Allah.
__________________________________________________________________________________

Nurul Iman termenung sendiri. Dia buntu. Shifwah menjauhkan diri darinya. Dia tahu Shifwah benar-benar insaf di atas apa yang telah terjadi. Dia ingat lagi bagaimana Shifwah menangis teresak-esak menceritakan segalanya semasa kepulangannya tempoh hari ke Sabah. Dia tidak menyalahkan Shifwah di atas apa yang telah terjadi. Dia menerima segalanya dengan tenang. Tidak wujud sekelumit perasaan marah atau benci terhadap Shifwah. Bagi Nurul Iman itu semua penyakit hati. Dia tidak mahu hatinya terganggu hanya perkara sekecil itu. Kini, dia terpaksa meninggalkan Shifwah. Surat berhenti sekolah, dokumen kelulusan dari Kementerian beserta surat akuan Doktor berada di tangannya. Esok dia akan membawanya kepada pengetua. Segala urusan di Kementerian Pendidikan untuk perletakan jawatannya sebagai guru telah diuruskan di Putrajaya semasa kepulangannya ke kampung tempoh hari. Penyakit yang dihidapinya menuntun dirinya untuk berhenti kerja awal.

“Assalamualaikum,”  kedengaran salam dari luar tiba-tiba seterusnya mematikan lamunan Nurul Iman.
“Waalaikumussalam,”  jawab Nurul Iman dari dalam.

Nurul Iman kemudiannya bangun membukakan pintu untuk Shifwah. Nurul Iman tersenyum menyambut kepulangan Shifwah di muka pintu. Shifwah tersenyum lemah. Shifwah masih terasa segan berada di hadapan Nurul Iman. Sejak akhir-akhir ini dia sebolehnya ingin mengelakkan diri dari Nurul Iman namun sering gagal kerana Nurul Iman tetap melayan dirinya seperti biasa.

“Shifwah,..”  panggil Nurul Iman apabila shifwah cuba mengelakkan dirinya dari Nurul Iman.
Shifwah memandang Nurul Iman sambil tersenyum kelat. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata pada Nurul Iman sejak dia menceritakan segalanya pada Nurul Iman. Melihat Shifwah Cuma diam membisu, Nurul Iman bersuara semula.
“Kak Nurul akan berhenti Sekolah. Hari Ahad ni Akak Nurul akan berangkat pulang ke Semenanjung,” bicara Nurul Iman perlahan.
“Kenapa? Kak Nurul dah benci dekat Shifwah ke?,” balas Shifwah. Ada getar dalam suaranya. Air matanya mula mengalir.
Nurul Iman merapatkan dirinya pada Shifwah. Dia memeluk Shifwah seeratnya. Hatinya pilu mendengar esakan Shifwah. Perlahan dia memujuk Shifwah. Malam itu Shifwah tidur di sebelahnya. Dia tahu Shifwah terkejut dengan berita perletakan jawatannya. Nurul Iman menyelimutkan Shifwah. Hatinya sebak melihat Shifwah. Perlahan Nurul Iman bangun. Dia mahu menunaikan Solat Sunat Hajat, Cuma Allah tempat pengaduanNYA.

“Ya Allah berikan kekuatan pada sahabatku Shifwah dalam menghadapi UjianMU,”  doa Nurul Iman di akhir solatnya. Amin Ya Rabbal Alamin......

Sudah 2 bulan Nurul Iman di kampung. Walaupun penyakitnya sekali sekala menyerang namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya. Dia tidak mahu terus melayan kesakitan yang dihidapinya. Lantaran itu dia menaburkan bukti di rumah anak-anak yatim secara sukarela. Nurul Iman merasa tenang di situ. Dia merasa bahagia kerana dapat mencurahkan kasih sayangnya buat kanak-kanak di situ.
“Jauhnya menung, Ingat kat pakwe yea?,”sapa Hafiz tiba-tiba dari belakang.
Nurul Iman tersenyum mendengar usikan dari abang longnya itu. Perlahan dia mencubit lengan abang longnya apabila abang longnya duduk bersebelahan dengannya.

Owch!! Adu Hafiz.
“Berjam Nurul tunggu abang long kat sini, penat tau,” adu Nurul Iman.
“Maafkan kekanda, wahai adindaku. Kekanda makan kuih cucur bonda tadi. Tak tahan, sedap sangat. Sebab itulah kekanda lewat menjemput adinda,” balas Hafiz sambil berseloroh.
“Menyampah!! Malas nak layan budak umur 2 tahun ni,” kata Nurul Iman sambil menjeling pada Hafiz.
“Ok, kalau menyampah, balik jalan kaki yea princess,” balas Hafiz.
Nurul Iman memegang lengan abang longnya dengan erat. Dia takut jika abang longnya benar-benar meninggalkannya di situ. Sejak bekerja di Rumah anak yatim itu abang longnya lah yang akan menjemput dia pergi dan balik.
“Bergurau je lah, takkanlah nak tinggalkan princess abang long kat sini kot,” balas Hafiz setelah dilihat muka adiknya sedikit pucat dengan gurauannya tadi.
Nurul Iman cuma tersenyum.  

Malam itu selesai solat berjemaah, mereka makan malam bersama. Hari itu abang longnya akan tidur di rumah umminya. Kebetulan kakak ipar dan anak-anaknya pulang ke kampung. Abang longnya tidak dapat turut serta kerana ada urusan kerja. Selesai makan Nurul Iman membawa buah di ruang tamu untuk dihidang kepada ummi, ayah dan abang longnya yang sedang menonton televisyen. Abang long dan ayahnya berbincang sibuk membincangkan hal politik. Sementara dia dan umminya cuma memasang telinga. Hampir jam 10.00 malam baru ummi dan ayahnya masuk tidur. Nurul Iman juga begitu. Namun baru Nurul Iman hendak beredar abang longnya bersuara.
“Kakak, abang long rindu kat kopi yang kakak buat,” kata Hafiz tiba-tiba.
Nurul Iman tersenyum. Dia lantas ke dapur menyiapkan secawan kopi untuk abang longnya itu. Hafiz cuma menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Kotak fikirannya ligat memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan hasrat Safwan bagi meminang adiknya itu. Terngia-ngia kata-kata Ustaz Safwan tengah hari tadi apabila Ustaz Safwan meminta berjumpa dengannya semasa makan tengah hari tadi.

“Aku serius Fiz. Aku betul-betul nak peristerikan Nurul. Bagilah aku peluang untuk membahagiakan dia,”  aju Ustaz Safwan.
“Tapi kau akan menambahkan penderitaan hati dia. Cukup dugaan yang dia tanggung Wan. Jangan dibebani hatinya dengan cinta kau lagi. Lepaskan lah dia Wan,” pujuk Hafiz.
“Apa salah cinta aku Fiz? Kau seolah-olah menafikan fitrah manusia yang ingin dicintai,” balas Safwan.
“Aku tak nafikan fitrah manusia yang satu itu Wan. Tapi untuk apa? Doktor sendiri telah katakan, Nurul Iman tak kan hidup lebih lama.. Masakan kau mahu berkahwin dengan orang yang akan pergi tidak lama lagi,” kata Hafiz dengan tenang.
“Jadi kau percaya pada ramalan manusia?.Ramalan yang belum tentu benarnya. Apa kau lupa hidup dan mati seseorang di tangan Allah. Sungguh jika ramalan Doktor itu tepat sekalipun kalau Allah tak berkehendakkan semua itu, ia takkan terjadi. Jika terjadi pun itu semua atas kehendakNYA bukan atas ramalan Doktor tadi,”  balas Ustaz Safwan.
“Kebergantungan kita pada Allah Fiz, bukan pada manusia,” sambungnya lagi.

Hafiz membisu seribu bahasa. Akalnya ligat memikirkan kebenaran kata-kata Ustaz Safwan.

“Jauh menung.. Ingat kat kak long yea?, baru sehari berpisah dah rindu. Abang long ni manja lah,” usik Nurul Iman.
Hafiz terserentak. Namun dia cuma tersenyum.
“Nah kopinya. Nurul buat penuh kasih dan sayang khas untuk abang long,”usiknya lagi.
Hafiz menyambut huluran secawan kopi dari Nurul. Dengan lafaz Basmalah dia menghirupnya perlahan. Nurul Iman cuma memerhatikan abang longnya itu.
“Nak ke? Pandang-pandang pulak. Segan lah abang long nak minum,”  usik Hafiz apabila dia menyedari Nurul Iman sedang memerhatikannya.
“Menyampah,” balas Nurul Iman sambil menjeling manja.
Hafiz tertawa dengan gelagat adik kesayangannya itu. Perlahan dia meletakkan cawan itu di atas meja.
“Kakak... Abang long cakap sikit boleh,” tanya Hafiz.
Nurul Iman menghadapkan badannya ke arah Hafiz. Nurul Iman Cuma mengangguk kecil sambil menanti butir seterusnya dari abang longnya itu.
“Kenal Ustaz Muhammad Safwan Haris,?” sambung Hafiz.
“Abang long kenal dia? Mana abang long tahu pasal dia?” tanya Nurul Iman kehairanan.
“Dia kawan abang masa dekat Universiti dulu,” balas Hafiz perlahan.
“Ya Allah, ye ke? Kecil betul dunia ni kan abang long,”  ucap Nurul Iman.
“Kami jumpa masa dekat Hospital. Masa teman kakak dulu. Ingat tak?,” kata Hafiz.
“Maknanya dia tahu pasal Nurul?,”  balas Nurul Iman minta kepastian.
Hafiz mengangguk perlahan. Matanya redup memandang ke hadapan. Dia cuba bertenang untuk menyatakan hasrat hati Ustaz Safwan kepada Nurul Iman.Perlahan dia cuba mengatur bicaranya.
“Kakak... Ustaz Safwan nak lamar kakak. Kakak setuju?” kata Hafiz perlahan.
Nurul Iman cuma diam membisu.. Hafiz turut diam. Agak lama mereka begitu barulah Hafiz bersuara.
“Kakak tidurlah dulu, dah lewat ni,”  aju Hafiz.
Nurul Iman Cuma tersenyum. Selepas bersalaman dengan abang longnya dia bangun menuju ke biliknya.
“Kakak..”  panggil Hafiz.
Nurul Iman berpaling.
“Kakak fikirlah dulu yea, Abang long tunggu. Mintak petunjuk pada Allah. Apa pun keputusan kakak, abang long tetap sokong kakak,”  kata Hafiz sambil tersenyum.
Nurul Iman cuma membalasnya dengan senyuman tawar. Dia kemudian berjalan menuju ke biliknya. Persoalan tadi sedikit sebanyak mengganggu gugat hatinya. Namun dia percaya ada hikmah di sebaliknya. Sebelum tidur dia melakukan solat sunat. Nurul Iman percaya solat itu bisa menjadi penawar bagi hatinya yang sedang bergundah gulana...
'Tabahkan hati ini Ya Allah, bisiknya di dalam hati'.




pssssttt...maaf yer...episod last akan muncul tak lama lagi,,,harap bersabar,,,

1 comment:

  1. tak sabar tunggu.. :) may ALLAH bless :)

    ReplyDelete