Wednesday 5 October 2011

Kenapa Sesetengah Wanita Mengalami masalah senggugut???

Bismillahirrahmanirrahim....


Apa itu Senggugut??


Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atay 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh segelintir wanita. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu senggugut primer (jenis biasa) atau sekunder (disebabkan oleh penyakit). Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan. Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.





Bagaimana Senggugut Berlaku??




Tahukah anda, kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.

Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut.

Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja.

Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.





Tahap Senggugut




Senggugut dikelaskan kepada beberapa jenis. Jenis pertama adalah senggugut primer. Manakala jenis kedua pula ialah senggugut sekunder.


 SENGGUGUT PRIMER ATAU UTAMA



Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' adalah disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Ter api yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukuonya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.


SENGGUGUT SEKUNDER
Senggugut sekunder berkait rapat dengan penyakit organik. Antaranya ialah penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Senggugut jenis ini disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut. Ataupun, jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan darah haid. Antara punca-punca berlakunya senggugut kedua ini adalah tumor serta tumbesaran yang tidak normal. Selain itu, contoh penyakit lain yang tergolong di dalam senggugut jenis sekunder ini ialah kanser rahim dan jangkitan pada bahagian pelvik.
Contoh-contoh lain adalah :
ENDOMETRIOSIS


Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio.

FIBROID


Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus.
PELVIK


Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari.
'INTRAUTERINE DEVICE' atau 'IUD'

Sejenis alat yang diletakkan di dalam uterus bertujuan untuk mencegah kehamilan. Manakala rawatan untuk senggugut jenis sekunder ini adalah bergantung kepada puncanya. Kemungkinan juga, rawatan pembedahan akan turut dilakukan sekiranya perlu.




Punca Wanita Diserang Senggugut




HAID adalah merupakan pendarahan yang keluar dari faraj. Kejadian ini berlaku hanya bila seseorang wanita itu masih subur dan ia dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar dalam tubuh badan wanita.


KAWALAN ENDOCRINE



Kelenjar pituitari di hadapan yang terletak di bawah otak adalah merupakan pusat kawalan bagi hampir semua kelenjar tubuh badan manusia.

Dalam kes ini, hormon yang dikenali sebagai hormon 'gonado-trophins' dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang di hadapan untuk menggerakkan ovari mengeluarkan hormon oestrogen dan hormon progesterone.
Bagaimanapun 'gonadotrop-hins' juga dikeluarkan oleh uri bila seseorang wanita hamil.

Ovari seseorang wanita mula berfungsi bila seorang gadis mula meningkat usia 10 tahun iaitu bila seorang anak perempuan mula membesar dan meningkat ke alam remaja.

Bila anak perempuan itu berusia 13 tahun, haid boleh berlaku atas pengaruh hormon oestrogen dan progesterone yang dikeluarkan.

Peraturan kejadian-kejadian berakhir dengan haid, bermula dengan perkembangan 'follicles' dalam ovari. Setiap 'follicles' dalam ovari mengandungi obam ataupun 'telur'.

Telur-telur' ini terjadi di bawah pengaruh hormon 'foolicular' (FSH) yang menggiatkan satu daripada 'gonadotrophins' yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari hadapan.

Banyak daripada 'follicles' yang mengandungi 'telur' berkembang tetapi hanya satu sahaja yang pecah untuk melepaskan 'telur-nya' yang akan belayar hingga ke saluran fallopian.

Sementara 'follicle' dan telur yang lain akan musnah dengan sendirinya.
Follicle' yang pecah akan menjadi kelenjar di bawah pengaruh hormon 'luteinising (LH), iaitu sejenis lagi hormon pituitari.

Kelenjar yang terjadi ini dipanggil 'corpus luteum' dan kedua hormon oestrogen dan progesterone ; dikeluarkan olehnya.

Jika persenyawaan berlaku, maka telur yang bersenyawa akan membesar dan pada hari keempat belas ia akan bertapak pada saluran peranakan ataupun 'endo-metrium'.

Ketika ini uri telah pun terbentuk dan ia akan mengeluarkan 'gonadotrophins' yang akan bertindak memelihara kelenjar 'corpus luteum'.

Kelenjar ini jugalah yang memelihara kandungan seorang wanita. Paras hormon oestrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh 'corpus luteum' ini akan menghalang pengeluaran 'gonadotrophins'. Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, maka 'corpus luteum' tidak mempunyai sokongan dan ia akan mengecut dan akhirnya terhapus.

Akibat ini paras oestrogen dan progesterone menurun dan ini menyebabkan pendarahan yang dipanggil haid.





PERUBAHAN ENDOMETRICAL


Pendarahan ataupun turun darah adalah akibat luruhnya 'endometrium' ataupun lapisan dalam dinding peranakkan yang telah 'disediakan' untuk memperkayakan telur yang telah bersenyawa.

Kejadian dalam perubahan 'endometrical' ini adalah di bawah kawalan paras hormon yang berubah-ubah dalam darah.

Sebaik-baik selepas haid, FSH yang dikeluarkan oteh kelenjar pituitari menggiatkan pengeluaran hormon oestrogen dari ovari.

Hormon inilah juga yang memulakan kerja-kerja memperbaiki lapisan dalam dinding peranakan dan tunggul kelenjar yang tinggal mula membina semula.

Dalam masa yang sama, 'follicles' terus membina di bawah pengaruh FSH pituitari.
Bila ovulasi berlaku paras progesterone tneningkat dan ini yang memulakan kerja memperkukuhkan kelenjar 'endometrical' dan juga nnenyimpan 'glycogen' dan lain-lain keperluan sebagal persediaan bila 'telur' bersenyawa.

Paras hormon oestrogen dan progesterone yang tinggi meng-halang pengeluaran FSH dan LH dari kelenjar pituitari.

Setelah tujuh hari 'corpus luteum' menjadi matang. Jika kehamilan tidak berlaku, maka kelenjar ini tidak mempunyai sokongan, ia akan menjadi susut dan pengeluaran hormon oestrogen dan progesterone menurun.

Tanpa kehadiran kedua hormon ini maka lapisan dalam dinding peranakan tidak dapat dipelihara dan kemudian ia akan mula luruh. Dua pertiga daripada kelenjar dan saluran darah yang terkandung akan luruh meninggalkan satu pertiga sebagai tunggol.

Ini pula diikuti dengan penurunan darah yang disebabkan oleh penutupan salunadi 'spiral' yang membekalkan dua pertiga daripada kelenjar 'endometrical' di bahagian luar.

Penutupan int berlaku akibat pengeluaran 'prostagladin' dari lapisan dalam dinding peranakan.
'Prostagladin' ini dikenali sebagai prostagladin Fa alpha.




DYSMENORRHOEA ATAUPUN SENGGUGUT DAN MENORRHAGIA ATAUPUN HA1D YANG BERLEBIHAN.






Dua perkara boleh berlaku bila haid berlaku.


Jika pengeluaran ‘prostagladin' berlebihan, kekejangan otot lapisan dalam dinding peranakan akan berlaku dan ini membuat seseorang wanita merasa sakit dan 'simpul biawak' 'cramp'.

Inilah yang dipanggil 'dysmenorrhoea'. Sebaliknya jika lapisan dalam dinding peranakan luruh terlalu cepat dan terlalu banyak dalam masa yang sama, dengan itu darah turun terlalu banyak dan ini dikenali sebagai 'menorrhagia'. -
'Dysmenorrhoea' ataupun senggugut merupakan satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita. Masalah ini semakin rumit kerana ramai wanita tidak mengadu pada doktor dan hanya menerimanya sebagai sakit biasa yang harus dihadapi oleh setiap wanita seperti dia menghadapi sakit bersalin.

Jika mereka mengadu sakit, suami dan rakan-rakan akan mengambilnya indah tak indah dan akan berpendapat mereka mengada-ngada sahaja.

Kerana masalah ini tidak dibawa ke pengetahuan doktor-doktor, ramai juga doktor kadang-kadang macam tidak percaya tentang tanda-tanda serius yang diidapi oleh setengah wanita.

Tanda-tanda ini termasuklah rasa sakit yang amat sangat di bawah perut yang bermula beberapa jam sebelum pendarahan ataupun sebaik-baik setelah turun darah.

Kesakitan yang amat sangat ini akan diikuti dengan rasa mabuk, muntah ataupun cerit berit. Pesakit ini lazimnya akan kelihatan pucat dan lembab bila dipegang. Pesakit juga akan merasa pening-pening.

Wanita yang mengidap senggugut yang serius akan dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama satu hingga 3 hari setiap bulan, dengan itu dalam setahun, masa yang dihabiskan kesakitan lebih daripada masa yang diuntukkan bagi berehat.

Hingga akhir-akhir ini, tidak siapa tahu bagaimana tanda-tanda ini boleh terjadi. Sebenarnya terdapat banyak tekaan-tekaan.

Wanita yang sedang dirawat kerana sakit sendi-sendi tiba-tiba mendapati penyakit senggugutnya hilang. Dengan Ini doktor-doktor mengesyaki bahawa dadah-dadah yang sama bagi mengubati penyakit sendi-sendi yang menghalang 'prostagladin' dari bercampur boleh juga mengurangkan sedikit sebanyak sakit senggugut.
Doktor percaya berkemungkinan besar yang 'prostagladin' menyebabkan terjadinya senggugut ini.

Memandangkan tekaan-tekaan Ini berbagai ujian telah pun di-jalankan termasuk mencuci peranakan wanita yang mengidap senggugut dan mencari di mana terdapat banyak 'prostagladin'. Ujian yang sama juga dijalankan ke atas wanita yang tidak mengidap senggugut. Bagaimanapun hasil ujian ini tidaklah konkrit.
Kemudian dua orang saintis, Smith dan Powell telah mencadangkan cara mengukur tekanan pada peranakan wanita.

Saintis ini membuktikan hasil dari ujian yang mereka jalankan menunjukkan yang 'prostagladin' boleh menggiatkan pengecutan peranakan, ini sama juga dengan apa yang terjadi pada wanita yang mengidap senggugut dan lain-lain penyakit yang sama.

Wanita yang mengidap senggugut tekanan yang dirasakan kadang-kadang adalah setinggi 400 mm Hg selama 45 hingga 90 saat dan berbanding dengan sakit bersalin 85 hingga 90 mm Hg. 'Prostagladin' didapati semakin bertambah pekat di hari-hari terakhir dalam satu pusingan haid kerana dipengaruhi oleh hormon 'progesterone' yang menggiatkan pembinaan kelenjar lapisan dinding peranakan dan sel yang menghasilkan 'prostagladin'.

'Prostaglar'in' jenis E2 dan F2 menyebabkan berlaku pengecutan otot-otot di seluruh badan dan ini boleh menyebabkan sakit yang amat sangat kerana kekejangan tali perut, sakit kepala dan kadang-kadang pula pengsan.

Kerana 'prostagiadin' didapati bertanggungjawab menyebabkan senggugut dan pendarahan yang berlebihan penyelesaian bagi masalah ini ialah menyekat kejadian hormon tertentu ataupun menyekatkan dari bertindak. Antara rawatan bagi senggugut yang didapati memberi kesan ialah penggunaan dadah.





Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.

Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.





Masalah Organ Reproduksi



 Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

- Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.

- Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.

- IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.

- Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.

- Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.





Beberapa Petua Merawatnya





Petua 1 : 
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. 
Hasilnya senggugut akan hilang. 

Petua 2 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas @ rumput rempah padang @ rumput cengkih padang semasa kedatangan haid/ sebelumnya. 

Petua 3 : 
Ambil 9 biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. 
Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab 

Petua 4 : 
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun .

Petua 5 : 

Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula







## Baru2 ni penulis mengalami senggugut ,,,jadi hari ni penulis ingin berkongsi dengan sahabat maya penulis mengenai senggugut ni,,,,


## Petua tu leh la cuba len kali...hehehheheheheheh....


## Selamat mencuba yea... =)

10 comments:

  1. gud info dear...tq =)

    www.mummysayf.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. gud info, thkns for sharing..
    jom baca info senggugut kat sini Senggugut dan wanita mana tahu memberi manfaat, tq ;-)

    ReplyDelete
  3. Comel aje blog... Info yang sangat bermanfaat bagi orang yang selalu senggugut.. :) Senang-senang meh la lawat www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Keistimewaan EPO Untuk Wanita

    ReplyDelete

  5. Info yang menarik. Sekadar berkongsi, kajian telah menunjukkan bahawa kaum wanita yang mengambil Vitamin A, B6, C, D dan E kurang diserang penyakit senggugut. Selain itu, untuk mengelak berlaku senggugut yang teruk, elakkan pengambilan diet tinggi lemak tak tepu, coklat, teh dan kopi ketika datang haid.

    ReplyDelete
  6. Info yg amat bermanfaat terutamanya pada kaum HAWA....

    ReplyDelete
  7. Info yg amat bermanfaat terutamanya pada kaum HAWA....

    ReplyDelete
  8. Info yg amat bermanfaat terutamanya pada kaum HAWA....

    ReplyDelete
  9. As salam...sy nk tanya kalau sy bila dtg bln selalu pening muntah skt pinggang skt xlh nk jln...xlalu mkn rasa nk demam...semua ada...tp darah xnk keluar..keluar pon sikit2 saja...nk hilang skt sy mkn ubt tahan skt...apa perlu sy buat???

    ReplyDelete