Saturday 7 January 2012

wangian Kasih Nurul Iman... (Akhir)







“Aku terima nikahnya Nurul Iman Binti Mohammad  dengan mas kahwinya RM80 tunai,” lafaz Ustaz Safwan dengan tenang.

Bacaan doa diaminkan setelah sah lafaz akad nikah. Nurul Iman memanjatkan kesyukuran. Air matanya mengalir mendengar lafaz keramat dari mulut Ustaz Safwan sebentar tadi. Shifwah  yang sentiasa berada di sisi Nurul Iman mengesat air mata yang mengalir dari pipi Nurul Iman.

“Tahniah kak,”  bisik Shifwah perlahan.

Nurul Iman cuma tersenyum. Alhamdulillah, pada hari itu majlis walimatulurusnya berjalan dengan lancar. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Sehingga pukul 11 malam baru Nurul Iman dan Ustaz Safwan dapat masuk ke bilik tidur. Ustaz Safwan memandang bilik pengantin yang telah dihias rapi. Menurut ummi mertuanya itu hasil tangan dari Nurul Iman.

“Assalamualaikum,”  sapa Nurul Iman.

“Waalaikumussalam,” balas Ustaz Safwan. Dia sendiri tidak sedar bila Nurul Iman masuk ke dalam bilik. 

Ditangan Nurul Iman ada 2 gelas air susu bercampur madu. Ustaz Safwan tersenyum sendiri.
Setelah menghulurkan segelas susu kepada suaminya yang berada di atas katil, langkahnya diatur ke satu sudut bilik dan duduk di atas sofa yang berada di situ. Ustaz Safwan Cuma memerhatikan isterinya.

“Sayang...” panggil Ustaz Safwan.

Nurul Iman yang terkejut dengan panggilan baru dari suaminya menundukkan pandangan. Ustaz Safwan Cuma tersenyum melihat gelagat isterinya. Dia sedar Nurul Iman masih malu dengan dirinya. Ustaz Safwan lantas bangun dan duduk di sebelah isterinya.

“Saya Safwan, suami Puan Nurul Iman yang sah, awak siapa?”  aju Ustaz Safwan.

“Saya Nurul Iman, isteri Muhammad Safwan yang halal untuknya,” balas Nurul Iman sambil tertunduk malu.

“Jika begitu mulai dari hari ini saya akan panggil awak sayang, Boleh?” soal Ustaz Safwan lagi.
Nurul Iman cuma mengangguk kecil.

“Sayang... izinkan abang menatap muka sayang. Kalau sayang asyik tunduk abang tak dapat menikmati anugerah Allah pada wajah sayang,”  uji Ustaz Safwan.

Walaupun agak kekok dengan permintaan suaminya itu, namun Nurul Iman gagahi juga menaikkan mukanya buat suaminya itu. Kelihatan rona-rona merah di pipi Nurul Iman lantaran malu.

“Subahanallah, cantiknya isteri abang,” puji Ustaz Safwan.
Menyedari Nurul Iman yang merah mukanya Ustaz Safwan menarik tangan Nurul Iman menuju ke katil. Ustaz Safwan memadamkan lampu.

“Sayang, malam ni kita mulakan dengan sesi taaruf dalam keadaan gelap gelita yea. Kesian sayang. Abang tak sanggup tengok muka sayang merah sebab abang, “ usik Ustaz Safwan.
Malam itu mereka bertaaruf dalam mengenali antara satu sama lain.

 Hampir 2 bulan Nurul Iman dan Ustaz Safwan melayari bahtera rumahtangga. Terpancar kebahagiaan di wajah Nurul Iman, walaupun badannya selalu lemah kerana barah yang dihidapnya, tapi itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk melakukan tugas sama seperti isteri yang lain. Kini Nurul Iman sedang sibuk menguruskan walimatulurus untuk suaminya sendiri dengan Shifwah. Ustaz Safwan sentiasa menemani Nurul Iman pergi mendapatkan keperluan untuk barang-barang hantaran jika dia tiada urusan kerja. Ustaz Safwan duduk memerhatikan isterinya dan Shifwah memilih baju perkahwin dia dan Shifwah. Selayang ingatannya teringat syarat yang dikenakan oleh Nurul Iman pada dirinya.

“Itu syarat Nurul Iman Wan. Setelah 2 bulan berkahwin kau perlu berkahwin dengan Shifwah,”  ucap Hafiz tenang.

Ustaz Safwan terkedu. Matanya redup memandang ke hadapan. Fikirannya buntu dengan syarat dari Nurul Iman.

“Tapi kenapa? Berat benar syarat itu untuk aku laksanakan Fiz,”  balas Ustaz Safwan tenang. Ada getar dalam suaranya. Air matanya bergenang.

“Kau mampu Wan. Jika kau benar-benar ingin membahagiakan adik aku, kau terimalah syarat dia.... bukankah itu yang kau nak buat untukknya,” terang Hafiz.
Ustaz Safwan membisu seribu bahasa. Lama baru dia bersuara semula.

“Habis Shifwah bagaimana? Dia dah tahu?”soalnya lemah.

“Alhamdulillah, sudah. Dia juga tidak bersetuju pada mulanya, tapi sebab Nurul dah pujuk baru dia bersetuju.... Sekarang keputusan di tangan kau,” balas Hafiz.

“Abang... Abang...” panggil Nurul Iman.

Ustaz Safwan terserentak dari lamunanya. Dia tersenyum memandang Nurul Iman.

“Ada apa sayang?” soalnya lembut.

“Giliran abang pula Ukur baju” balas Nurul Iman sambil tersenyum.

Ustaz Safwan menangguk lemah. Perlahan dia bangun menuju kepada tukang jahit yang setia menunggunya di satu sudut kedai tersebut. Jam 2.00 petang baru semuanya selesai.



“Aku terima nikahnya Shifwah Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM80 tunai,”  lafaz Ustaz Sfawan dengan tenang. Untuk kali keduanya lafaz itu keluar dari mulutnya. Namun hatinya tenang menerima semua itu.

“Assalamualaikum,” ucap Ustaz Safwan.

“Waalaikumussalam,” balas Nurul Iman lembut.
Dia memandang suaminya itu dengan kehairanan. Menyedari Nurul Iman memandangnya dia bersuara.

“Abang dah mintak izin dari Shifwah. Malam ni abang nak temankan sayang. Abang nampak sayang pucat tadi.. Sayang tak sihat kan?”  terang Ustaz safwan.
Nurul Iman bangun mendapatkan suaminya yang duduk di birai katil. Nurul Iman duduk bersebelahan suaminya. Tangan suaminya di genggam erat.

“Insyaallah, tiada apa-apa.... Mungkin penat saja. Abang jangan risaukan sayang yea. Pergilah temani Shifwah. Malam ini untuknya...Pergi yea abang,”  pujuk Nurul Iman.

Ustaz Safwan memandang lemah Nurul Iman. Dahi Nurul Iman dikucupnya. Nurul Iman dipeluknya dengan erat.

“Pergilah....Jangan begini, Abang tak sayang sayang ke?, Abang pergi yea...” rayu Nurul Iman. Kali ini air matanya jatuh.

Melihatkan hal itu Ustaz Safwan mengangguk lemah. Dia tidak sampai hati melihat air mata Nurul Iman gugur...Perlahan Ustaz Safwan bangun namun belum sempat Ustaz Safwan melangkah keluar, Nurul Iman memanggilnya. Langkah Ustaz Sfawan terhenti dia berpaling. Nurul Iman menarik tangan suaminya dengan lembut. Lalu dikucupnya tangan suaminya itu.

“Maafkan sayang dunia akhirat yea abang,,,, Halalkan makan minum sayang selama kita bersama. Terima kasih sebab sudi pilih sayang jadi permaisuri di hati abang,” ucap Nurul Iman.

“Sayang tak pernah salah pada abang. Abang halalkan segalanya buat sayang. Maafkan abang sama yea. Terima kasih juga sebab sudi jadi peneman abang, insyaallah di dunia dan akhirat,” balas Ustaz Safwan.

“Assalamualaikum,” ucap Nurul Iman.

“Waalaikumussalam,” balas Ustaz Safwan.

Sejurus suaminya keluar, Nurul Iman menuju ke bilik air. Dia mahu berwuduk dan terus menunaikan solat sunat. Malam itu dia bertafakur pada Allah. Sedar dan tidak dia tertidur di tikar sejadah.
Pagi itu Ustaz Safwan masuk ke bilik Nurul Iman untuk mengejutkan Nurul Iman untuk solat subuh berjemaah. Lampu bilik Nurul Iman dibuka. Matanya meliar mencari Nurul Iman di atas katil, tapi tiada. Kemudian matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang masih lengkap bertelekung berbaring di atas tikar sejadah. Perlahan Ustaz Safwan menghampiri Nurul Iman. Dia tahu malam tadi pasti Nurul Iman melakukan solat sunat. Sudah acap kali Nurul Iman tertidur di tikar sejadah. Selalunya dialah yang akan mengejutkan Nurul Iman.

“Sayang.. sayang..,” panggil Ustaz Safwan perlahan.

Namun tiada reaksi yang Nurul Iman mahu bangun. Tiba-tiba hati Ustaz Safwan berdegup kencang. Dia dapat merasakan sesuatu. Lantas jarinya diletakkan di hidung Nurul Iman. Tubuh Nurul Iman digerakkan semula. Dia lantas ke bilik air mengambil air. Ustaz Safwan meruap sedikit air ke wajah Nurul Iman. Sekali lagi nadi Nurul Iman diperiksanya.

“Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun..”ucapnya lemah.

Shifwah yang kebetulan lalu di situ mendapatkan Ustaz Safwan. Shifwah memeluk erat Nurul Iman yang berada di pangkuan Ustaz Safwan. Ustaz Safwan cuba menenangkan Shifwah. Tubuh Nurul Iman diangkat dan diletakkan di atas katil. Perlahan selimut diangkat menutup wajah Nurul Iman. Ustaz Safwan dia perlu tabah. Dia telah berjanji tidak akan menangisi kematian Nurul Iman. Perlahan dia mendail nombor Hafiz.

“Assalamualaikum,” ucap Ustaz Safwan.

“Waalaikumussalam,”  balas Hafiz.

“Nurul.... Nurul dah tiada Fiz.”

“Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun,”  balas Hafiz tenang.

“Nanti aku beritahu ummi. Kami akan ke sana. Assalamualaikum,” sambung Hafiz.
Hafiz tenang menerima berita itu. Hatinya tidak putus-putus berdoa. Sememangnya dia telah bersiap sedia dengan hal itu sejak dari dia mengetahui penyakit Nurul Iman. Keluarganya juga begitu, telah lama bersedia menerima saat itu.

“Ya Allah, tempatkan adikku di tempat hamba-hambaMU yang soleh Ya Allah,”  bisik hati kecilnya.

Tepat jam 2.00 petang baru jenazah Nurul Iman selamat dikebumikan.

“Moga kita bertemu di sana sayang, Insyaallah,”  bicara Ustaz Safwan di dalam hatinya sesudah dia melangkah keluar dari tapak perkuburan.

Dari jauh dia melihat Shifwah yang sedang menunggunya di kereta.
'Shifwah, kau amanah ku di dunia ini, Insyaallah akan abang cuba laksanakan amanah itu sebaiknya, bisik hatinya'.



###Alhamdulillah..akhirnya "Wangian Kasih Nurul Iman" menemui penghujungnya....harap semua pembaca terhibur... =)




1 comment:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160 thousand men and women are utilizing a easy and secret "liquid hack" to burn 1-2lbs each and every night as they sleep.

    It is effective and it works every time.

    Just follow these easy step:

    1) Hold a clear glass and fill it up half glass

    2) Then use this amazing HACK

    you'll be 1-2lbs lighter as soon as tomorrow!

    ReplyDelete