Monday 4 July 2011

~Adab Berpakaian menurut Islam~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Apa khabar sahabat2 yang dirahmati Allah semua...harap2 semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik semuanya...Entri kali ni penulis ingin berkongsi mengenai adab dan hukum berpakaian menurut islam...ermmmm...sekarang ni banyak fesyen2 yang dikatakan fesyen muslimah wujud dalam dunia "kefesyenan"...Tapi adakah fesyen2 tersebut menepati 100% kehendak syarak ????kadang2 design pakaian tu ok tapi warnanya x ok seperti warna yang terlalu menyerlah..dan kadang2 juga jarang sehingga menampakkan susuk tubuh badan si pemakai..Nauzubillah...Islam tidak melarang umatnya berfesyen dengan menetapkan beberapa garis panduan yang harus diikuti.Ini kerana berpakaian adalah salah satu nikmat yang dianugrahkan oleh Allah s.w.t.

 Firman Allah s.w.t dalam al-quran bermaksud:

”Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu
(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan
pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya)
supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” (al-A’raf:26).

Bentuk pakaian muslimah
1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan dua tapak
tangan (depan dan belakang).
2. Pakaian hendaklah luas, tidak ketat atau
sempit
3. Pakaian mestilah tebal, tidak nipis atau jarang
4. Bukan pakaian
syuhrah
5. Tidak menyerupai pakaian lelaki




*Maksud pakaian syuhrah ialah pakaian yang membezakan si pemakai dari manusia
  lain dari segi warna, bentuk dan coraknya. Dengan sabab itu semua mata tertumpu
  kepadanya lalu timbul perasaan bangga dan megah di dalam hatinya.
  Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesiapa yang
  memakaipakaian syuhrah, Allah pakaikannya pakaian seumpama itu di hari qiamat, kemudian ia disambar api neraka."

 Riwayat Abu Daud di dalam Sunannya.
Di dalam Hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah, baginda bersabda
maksudnya: ”Sesiapa yang memaki pakaian syuhrah, Allah membelakanginya sehingga
dia menanggalkannya”.

Pakaian syuhrah tidak semestinya yang mahal dan bermutu tinggi. Ia boleh jadi
yang murah dan tidak bernilai. Ibn Taimiyyah berkata: ”Pakaian syuhrah yang
dilarang ialah yang terlalu mahal mengatasi kebiasaan orang ramai dan yang
terlalu murah atau terlalu teruk berbanding kebiasaan orang ramai. Sesungguhnya
orang-orang salaf tidak suka kepada dua syuhrah, iaitu yang terlalu tinggi dan
yang terlalu hina. Baliau menyebut sepotong Hadis yang bermaksud: ”Sesiapa yang
memakai pakaian syuhrah, Allah akan pakaikannya pakaian yang menghina.
Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”.

Termasuk pakaian syuhrah juga ialah sengaja beriltizam dengan pakaian tertentu
sepanjang waktu supaya dikenali ramai dengan cara itu. Ibn al-Qayyim
menceritakan, pada suatu hari seorang lelaki bertemu dengan Ibn Sirin. Lelaki
tersebut memakai baju daripada bulu, kain daripada bulu dan serban daripada
bulu. Ibn Sirin tidak senang melihatnya. Maka dia berkata: “Ramai orang memakai
pakaian yang dibuat daripada bulu. Mereka menyangka itulah pakain terbaik dan ia
dipakai oleh Isa bin Maryam. Sesungguhnya seseorang yang aku percayai telah
menceritakan kepadaku bahawa Nabi SAW memakai pakaian daripada kattan (sejenis
tumbuhan), bulu dan kapas. Sunnah Nabi kita itulah yang wajar diikuti.

.
##sumber : buku al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah, Dr. Abdul Karim zaidan jilid 3.

No comments:

Post a Comment