Tuesday 22 November 2011

CINTA DUNIA vs CINTA AKHIRAT

بسم الله الرحمن الراحيم


Alhamdulillah...hari ini penulis masih diberi waktu dan kekuatan untuk menulis dalam ruangan kesayangan penulis ini...Ruangan yang mencoretkan pelbagai kisah rahsia hati...suka duka dan tawa ria...Kali ni penulis ingin menulis dalam entri ilmu pula...yer la dah berapa lama tak menulis dalam ruangan ilmu ni kan,,,sebelum ni asyik menulis mengenai cinta jer...ermm..straight to the point...tajuk entri hari ni ialah "Cinta Dunia vs Cinta Akhirat"...



Cinta Dunia(Hubbud Dunya)


Al-imam Hasan Al-Basri rahimakumullah  pernah berkata: "Tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebahagian dari dosa besar.Demi ALLAH!sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa besar..Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-bercabang melainkan kerana cinta dunia.Bukanlah Puncanya menyembah patung serta menderhakai al-rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?"(Mawa'izh al-Imam Hasan al-Bashri,hlmn 138).

Al-imam sufyan al-tsauri r.h.m berkata: "Telah sampai kepadaku bahwasanya akan datang satu masa kepada umat manusia dimana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia,sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap ALLAH s.w.t..Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh ,kemudian engkau cuba memasukkan barang lain kedalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi. "
Beliau berkata lagi: " Sesungguhnya aku benar-benar dapat mengenali kecintaan seseorang terhadap dunia berdasarkan cara penghormatannya terhadap ahli dunia." (Mawa'izh al-Imam Sufyan al-Tsauri,hlmn 120).


Sifat Orang Yang Mencintai Dunia



  • Tamak Terhadap Sesuatu
  • Tidak memberi peluang kepada orang lain.
  • Suka salahkan orang apabila gagal.
  • menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki
  • sibuk dalam urusan dunia sehinnga melupakan akhirat.
  • Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.




Cinta Akhirat(Hubbul Akhirat)


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang menjadikan akhirat  harapannya Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri.Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya allah akan menjadikan kefakiran berada didepan matanya serta mencerai-beraikannya ,dan dunia  tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya . " (Riwayat at-tirmizi)

Firman ALLAH yang bermaksud : " Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya.Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan didunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat. " ( Surah al-syura 42:20).

Mereka yang cinta akhirat diberi kemudahan menikmati dunia.Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud : 
"Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu.Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-NYA dan hanya kepadaNYA lah kamu (kembali setelah )di bangkitkan."
(surah al-Mulk 67: 15).




Untung Cinta Akhirat



1.  Siapa yang beramal untuk akhiratnya ,Allah akan mencukupkan dunianya.
2.   Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan ALLAH,Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusa yang lain.

3.  Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya ALLAH akan memperbaiki keadaan lahirnya.
4.  Siapa yang menjadika aktivitinya untuk akhirat ,maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.


ok lah,,,itu sahaja perkongsian ilmu untuk hari ini,,,,asif jiddan jika ada tersalah bahasa dari penulis...


p/s : RENUNG2KAN SELAMAT BERAMAL =)

No comments:

Post a Comment