Friday 5 August 2011

Rahsia Sahur...

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t...semoga sahabat2 semua mendapat keberkatan dan kerahmatan di pagi yang indah di bulan yang mulia ini...Alhamdulillah ari ni dah 6 ogos 2011 bersamaan 6 Ramadhan 1432 hijrah...ini bermakna sudah 6 hari kita berpuasa dan bangun bersahur...owh ya...sebut pasal sahur penulis teringat waktu dulu-dulu...waktu zaman gila-gila remaja...masa waktu tu penulis agak susah untuk bangun sahur..apa orang utara cakap" liat nak mangkit soq"...hehehehhe..itu dulu...masa umur baru setahun jagung...masa masih budak hingusan.....sekarang ni dah tak dah,,,dah senang untuk bangun,,,sekarang ni kan umur dah 2 tahun jagung...dah matang dah....(baru separuh matang)   :) ..Dulu penulis selalu tanya mak penulis pasai pa kena duk mangkit soq ni....(kenapa perlu bangun sahur)...mak penulis cakap bila bangun sahur dapat berkat....nanti perut tak lapar sebab dah makan...itulah jawapan mak penulis apbila acapkali ditanya soklan yang sama oleh anaknya yang nakal ni...




Memang betul kata-kata mak penulis...bersahur itu berkat sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang dirawayatkan oleh imam Bukhari,Tirmizi,nasa'i dan ibnu majah :  “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan".Dalam hadis ni jelas menunjukkan bahawa apabila kita bersahur kita akan dapat keberkatan selain dapat mengelakkan perut kita menjadi lapar ketika berpuasa.Maksud berkat dalam hadis ni ialah beroleh kerahmatan dan restu dari Allah s.w.t..Selain tu terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim,Ahmad,Abu daud,Tirmizi dan Nasa'i bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :  “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah makan sahur”.Begitulah dituntutnya amalan bersahur ini kerana dengan bersahur ia dapat membezakan diantara puasa orang islam dan bukan islam.Disamping itu,orang islam juga digalakkan melewatkan bersahur iaitu pada waktu hampir subuh sepertimana sabda Rasulullah s.a.w : “sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Ahmad).


Satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati bahawa mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.Selain itu,terdapat satu lagi kajian  yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda penyakit anemia (iaitu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Ini dilaporkan oleh Kerry Neville dariChicago Tribune pada 24 September 2001.


Berdasarkan kajian-kajian ini, ia menunjukkan bahawa secara umumnya, bila kita berpuasa dengan mengambil sahur tidak akan mendapat kemudharatan akibat dari puasa yang kita lakukan. Ia juga satu ibadah kerana ia adalah sunnah nabi dan waktu bersahur juga waktu yang dipenuhi keberkatan. Allah juga ada menjelaskan dalam surah Ali-Imran ayat 15 hingga 17:

“Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepada mu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya., Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah maha melihat akan hamba-hambanya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, ya Tuhan kami sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan perliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang bersabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur”.










P/s : Oleh itu Bersahurlah walau hanya dengan meneguk secawan air kerana didalam sahur itu terdapat keberkatan...Renung-renungkan selamat beramal... =)

No comments:

Post a Comment