Wednesday 3 August 2011

khasiat Delima..Kurma.. Zaitun...dan Tin...

Sahabat-sahabat mesti pernah makan buah -buah yang penulis sebut ni kan???Terutama buah Kurma atau dalam bahasa arabnyer dikenali Tamar..Setiap bulan ramadhan mesti banyak buah kurma ini dijual di kedai runcit mahupun pasaraya...Manakala buah zaitun dan tin pula kita dapat menikmatinya apabila ader saudara mara or sahabat handai yang baru pulang dari menunaikan ibdah haji mahupun umrah or ader yang baru pulang dari Timur Tengah...Kat Malaysia ni Buah Zaitun dah diproses jd minyak zaitun untuk masak atau pun kecantikan...tapi agak mahal gak la kalo yang betul-betul ori kan??Sahabat-sahabat tahu tak buah-buah ni semua banyak khasiatnyer dan baik untuk dimakan selalu...oK...post kali ni penulis nak berkongsi mengenai khasiat buah-buah tersebut bersama sahabat-sahabat semua...JOM....Layannnnn...Zaaaaaasssss!!!

1. Buah Delima



Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



2. Kurma



Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A dan Cdan juga niasin dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Kurma yang dikenali sebagai Phoenix danctylifera , dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untukwanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.Kurma juga merupakan penawar dalam perubatan traditional untuk mengatasi masalah insomnia. 
Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badanmencergaskanotak dan tubuhserta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barahmerawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

3. Zaitun


Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAWsebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”
Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

KHASIAT BUAH ZAITUN
Antara khasiat buah zaitun ialah:
* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.



4. Tin




Terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah diatasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.Antaranya:

i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya  makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat NabiAdam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanyaselepas memakan buah larangan dalm Syurga.
KHASIAT BUAH TIN
Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing




p/s : gambar sekadar hiasan...credit tuk encik google.. :)

No comments:

Post a Comment